Adakah beliau serius?
Thursday, 27 February 2014
Betul ker ni?
[SANTAI] Presiden USA Barack Obama hari ini mengumumkan bahawa Amerika Syarikat sedang membina 'Iron Man' sebagai senjata baru mereka. Yang menariknya ialah cara beliau mengumumkan perkara itu, sungguh bersahaja dan melucukan.
Adakah beliau serius?
Adakah beliau serius?
Sepasang kekasih mati, anggota polis diserang

February 27, 2014
SUNGAI PETANI - Sekumpulan penunggang motosikal menyerang anggota polis di luar tugasan selepas kereta yang dipandu anggota keselamatan itu merempuh sepasang kekasih sehingga mati di Jalan Badlishah di sini awal pagi Rabu.
Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pembantu kedai telefon bimbit, Norfaezah Budiman, 21, dan penunggang motosikal yang juga kekasihnya, Azwan Shah Ishak.
Difahamkan, dalam kemalangan itu Norfaezah maut di tempat kejadian manakala Azwan meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim selepas mengalami kecederaan parah.
Berikutan kemalangan negeri itu, seramai lebih 100 kumpulan penunggang motosikal telah mengepung anggota polis terbabit yang berusia 30-an di lokasi kejadian.
Bagaimanapun anggota keselamatan itu berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa amukan oleh anggota polis trafik yang tiba di lokasi kemalangan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, Azwan dipercayai menunggang motosikal dengan sekumpulan empat penunggang lain.
Tambahnya, ketika itu seorang anggota polis yang sedang memandu di belakang kumpulan tersebut telah merempuh motosikal Azwan sehingga menyebabkan pasangan itu maut, lapor mStar.
“Kami telah menerima laporan kemalangan daripada anggota polis terbabit,” katanya.
Kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.
Sumber - KLP

Monday, 24 February 2014
Perbicaraan kes pasangan Malaysia di sweden
Kita harap perbicaraan ini berkesudahan dengan baik......
Perbicaraan kes pasangan Malaysia: Aishah nafi ibu pukul mereka
STOCKHOLM 24 Feb. - Perbicaraan kes pasangan Malaysia yang didakwa memukul anak-anak mereka di Sweden boleh dikatakan beralih arah apabila anak sulung pasangan terbabit menafikan bahawa dia dipukul sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Aishah memberitahu, ibunya, Shalwati Nor Shal berhenti memukul mereka adik-beradik selepas diberi amaran oleh kaunselor Sekolah Antarabangsa Stockholm bahawa perbuatan sedemikian tidak dibenarkan di Sweden.
Sweden telah mengharamkan hukuman membabitkan fizikal seperti rotan sejak 1979 dan sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang terbabit boleh dipenjara sehingga enam tahun.
"Kira-kira dua tahun lalu (2012), seorang guru telah memanggil ibu ke sekolah selepas Adam mengadu telah dipukul di rumah. Selepas pertemuan dengan guru terbabit, ibu kelihatan sedih dan tidak pernah lagi memukul kami walaupun marah," kata Aishah.
Remaja itu turut menjelaskan bahawa ibu mereka agak tegas dengan Adam kerana anak ketiga pasangan itu mempunyai kesukaran dalam pembelajaran.
Shalwati dan Azizul Raheem Awalludin yang merupakan Pengarah Tourism Malaysia di Sweden ditahan sejak 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memaklumkan kepada seorang kakitangan sekolahnya bahawa dia telah dipukul, menyebabkan satu laporan polis telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan.
Dalam beberapa siri temu bual yang dirakam di antara Disember 2013 dan Januari lalu, Aishah sering dilihat memakai jaket besar dan dia akan mengibarkan jaket itu apabila kurang pasti bagaimana hendak memberikan jawapan.
Ketika ditanya adakah dia sering dipukul, Aishah mengatakan kurang daripada 15 kali setahun tetapi sering dipukul lebih empat tahun lalu iaitu ketika keluarga terbabit tinggal di Afrika Selatan.
Apabila anggota polis wanita bertanya kepadanya contoh insiden Shalwati memukulnya, Aishah kelihatan teragak-agak dan menyatakan: "Perlukah saya beritahu. Ia agak peribadi."
Remaja berusia 15 tahu itu kemudian menutup wajahnya dengan lengan jaket yang dipakai dan mula menangis menyebabkan anggota polis terbabit bertanyakan sebab Aishah menangis.
"Saya menangis sebab ibu saya boleh dimasukkan ke penjara sebab dia rotan kami walaupun tidak dibenarkan di sini," ujar Aishah.
Dalam satu temu bual lain, Aishah mendedahkan bahawa dia mempunyai tabiat buruk iaitu mencuri coklat dan kek yang menyebabkan ibunya memukulnya.
"Ia akan berlaku hampir setiap bulan atau setiap kali ibu bapa saya membawa pulang coklat. Kalau mereka bawa pulang coklat ke rumah, saya akan makan dan ibu akan pukul," katanya yang turut memberitahu ayahnya hanya akan memarahinya.
Aishah menyatakan, ayahnya tidak pernah memukulnya kerana kaum lelaki pukul dengan kuat.
"Kalau si ayah memukul anak, bukankah mereka (si anak) akan berdarah sehingga boleh mati. Saya lebih rela dia (Azizul Raheem) tidak berbuat demikian," katanya.
Pada 10 Februari lalu, Shalwati dan Azizul Raheem didakwa atas pelbagai pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan cara memukul dan mendera anak-anak mereka.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di kediaman mereka di SpÄnga, di pinggir bandar Stockholm di antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.
Sementara itu anak lelaki sulung pasangan itu, Ammar berkata, dia merasakan yang ibu bapanya akan didapati bersalah dan akan dimasukkan ke penjara.
Namun apabila ditanya menge nai masa hadapannya sendiri, Ammar, 12, menjawab apa yang dia boleh fikirkan sekarang ialah hendak memeluk ibu bapanya semula.
"Mereka akan dipenjara, saya tidak tahu untuk berapa hari atau berapa bulan tetapi saya merasakan mereka akan pergi ke penjara yang sebenar. Apabila mereka dibebaskan, saya boleh jumpa mereka semula," ujar Ammar dalam rakaman kelimanya yang ditunjukkan di Mahkamah Daerah Solna hari ini. - THE STAR
Sumber Berita : Utusan Malaysia

OPERASI CARI TENTERA YANG HILANG DITERUSKAN

BESUT - 24 Feb 2014
Gerakan mengesan seorang anggota tentera, Koperal Nik Azizi Mohd Nor, 30, dari 18 RAMD Kem Seri Pantai, Seberang Takir yang hilang bersama senjata secara misteri di Lata Belatan di sini sejak pagi Rabu lalu masih diteruskan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata usaha mencari dan menyelamat yang masuk hari ke enam hari ini masih belum berhasil.
Nik Azizi dari pasukan infantri dan masih bujang berasal dari Semerak, Pasir Putih, Kelantan. Kamaruddin berkata setakat ini hampir 75 peratus dari kawasan hutan dan gunung termasuk persekitaran tempat anggota itu hilang telah diliputi.
Kamaruddin berkata pelbagai cara dilakukan termasuk mengesan mangsa di celah lubang batu yang membabitkan Unit Anjing Pengeasan (K9) polis, Anjing Perang Tentara Darat dan Anjing pengesan Pasukan Bomba dan Penyelamat.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi Rabu lalu, Kopperal Nik Azizi dilihat oleh beberapa anggota berjalan ke arah sungai berdekatan perkhemahan di Lata Belatan untuk mandi dengan hanya memakai seluar tentera dan kemeja T tetapi selepas itu beliau tidak dapat dikesan lagi.
Senjata automatik dari jenis Rifel M4 Carbine yang dibawa mangsa juga gagal ditemui namun kelopak peluru berjaya dijumpai kerana tidak dibawa oleh mangsa.
Sementara itu tinjauan Bernama di kawasan berkenaan mendapati keluarga mangsa turut berada bersama pasukan mencari sejak hari mangsa hilang.
Bapa mangsa, Mohd Nor Nis, 58, berkata dia sekeluarga amat berharap anaknya yang ketiga daripada enam beradik itu selamat dan berjaya ditemui.
Katanya setakat ini beliau telah meminta kerjasama jiran, dan saudara mara melakukan solat hajat dan beliau sendiri tidak ketinggalan melaungkan azan di kawasan hutan lipur itu setiap kali tiba solat waktu.
Sumber- Bernama

gambar sekadar hiasan |
Sunday, 23 February 2014
Muhyiddin ziarah bekas polis pernah berkhidmat zaman darurat
KUALA LUMPUR 24 Feb. - Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa menziarahi warga emas, Zoyah BUjang, 80, yang menderita penyakit kencing manis dan darah tinggi di Kampung Sungai Sekamat di sini, pagi ini.
Dalam kunjungan kira-kira 15 minit mulai pukul 11 pagi itu, Timbalan Perdana Menteri berbual dan bertanya khabar kepada warga emas tersebut yang pernah berkhidmat di zaman darurat.
Dalam kesempatan bertemu pemimpin tersebut, Zoyah yang merupakan bekas polis bantuan meminta agar kerajaan menghulurkan bantuan perumahan dan pencen bulanan bagi meringankan kehidupannya
Sumber - UTUSAN ONLINE
Ulang tahun ke 63
Tanggal 23 februari , ulangtahun ke 63 serangan ke atas bukit kepong , Al fatihah untuk semua pejuang yang terkorban..
68,299 belia bankrap
68,299 belia bankrap
KUALA LUMPUR 17 Dis. - Sebanyak 68,299 individu yang berumur di bawah 45 tahun diisytiharkan bankrap dalam tempoh 2005 hingga 2012, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, bilangan itu melebihi separuh daripada jumlah keseluruhan 129,640 individu yang dilaporkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tempoh tersebut.
Berikutan itu, katanya, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan strategi Lautan Biru dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendidik golongan belia daripada menjadi muflis.
"Jabatan Insolvensi juga mengadakan promosi melalui media elektronik seperti trailer insolvensi serta rancangan bual bicara dalam radio dan televisyen.
"Selain itu, pihak jabatan dengan kerjasama Jabatan Belia Negara juga telah mengadakan lebih 120 program sejak Januari 2012 hingga Oktober 2013 untuk mendekati golongan belia," katanya melalui jawapan bertulis kepada Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin dalam sidang Dewan Negara hari ini.
Megat Zulkarnain bertanyakan tentang kaedah serta langkah kerajaan dalam mencari jalan bagi mengelak golongan belia menjadi muflis.
Sumber - Utusan Melayu
Sumber - Utusan Melayu
Wednesday, 19 February 2014
Monday, 17 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)