Sunday, 22 June 2014

Remaja OKU seperti 'mayat hidup' diselamat

SEORANG budak lelaki dalam keadaan menyayat hati yang ditemui oleh anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia semasa menjalankan operasi pendatang asing tanpa izin di Flat Taman Semarak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 21 Jun - Mereka yang melihat nasib Muhammad Firdaus Dullah, 15, hanya mampu mengurut dada. Apakah sebenarnya yang berlaku ke atas remaja orang kurang upaya (OKU) ini sehingga diperlakukan dengan begitu buruk?
Tubuhnya kurus kering, kotor, hanya memakai baju T yang sudah koyak dan reput serta berlumuran najis. Bilik tempatnya berlindung seperti reban yang tidak dibersihkan dalam tempoh lama.
Mujurlah segala kesengsaraan yang dialami oleh remaja umpama mayat hidup ini berakhir apabila ditemui oleh sepasukan anggota Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang menjalankan operasi pendatang asing tanpa izin di salah satu unit kediaman di Flat Taman Semarak, Nilai dekat sini awal pagi ini.
Muhammad Firdaus yang hanya boleh bergerak dengan mengengsot semasa ditemui anggota penguat kuasa kelihatan terpinga-pinga sambil bertutur dalam bahasa yang tidak jelas.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman berkata, pihaknya menemui remaja itu di dalam sebuah bilik ketika melakukan Operasi Bersepadu 6P bagi memburu pendatang asing tanpa izin.
"Remaja ini berada dalam keadaan terlalu kurus sehingga menampakkan tulang rusuk menyebabkan dia kelihatan seperti kanak-kanak berusia lima tahun. Mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan.
"Hasil penelitian juga mendapati remaja itu disyaki dikurung di rumah berkenaan dalam tempoh yang lama.
"Ini berdasarkan keadaan fizikal, pakaian, rambut yang tidak terurus. Kita juga percaya dia memakan najisnya sendiri daripada kesan kekotoran itu di mulutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kata Faizal lagi, dalam rumah terbabit terdapat bungkusan makanan polisterin yang bersepah dan berbau busuk.
"Keadaannya amat menyayat hati dan kita dapati mangsa memiliki sijil kelahiran. Ibunya berusia 39 tahun dan berasal dari Sabah juga telah dikesan dan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini hari ini.
Difahamkan, ibu mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Sepang telah berkahwin lain dan memiliki seorang lagi anak tetapi menetap di salah sebuah unit lain berdekatan.
Mengulas lanjut mengenai Operasi Bersepadu 6P, Faizal Fazri memberitahu, seramai 284 individu telah diperiksa dalam operasi tersebut yang bermula pada pukul 2 pagi melibatkan anggota dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Koperasi Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Berhad (Kopens) -  ARKIB 

Sunday, 15 June 2014

Isyarat tangan halau gajah naik minyak

Detik-detik cemas yang sempat dirakamkan ketika Tor Bowling menghalau seekor gajah naik minyak hanya menggunakan isyarat tangan di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Phu Luang, utara China pada 28 Februari lalu. - AGENSI

BANGKOK 13 Jun - Seorang pelancong tempatan menunjukkan keberanian menghalau seekor gajah yang sedang naik minyak, hanya menggunakan isyarat tangannya ketika melawat Pusat Perlindungan Hidupan Liar Phu Lang, utara Thailand.

Tor Bowling, 27, menceritakan detik cemas berkenaan kepada akhbar New Daily York News berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 28 Februari lalu apabila mengunjungi pusat tersebut bersama rakannya, Navee Kittisak untuk melihat bekas tapak kaki dinasour.

Bowling berkata, mereka mengikut jalan berlumpur untuk pulang ke rumah sebelum terserempak dengan gajah tersebut.Pemuda itu berkata, dia cuba mengikut jalan lain bagi mengelak haiwan terbesar di darat itu, tetapi gajah berkenaan terus mengekorinya.

"Secara tiba-tiba, gajah terbabit meluru ke arah saya dan Kittisak, tetapi saya cuba menenangkan diri dengan mengangkat tangan sebagai isyarat menghalau haiwan itu."Saya tidak sangka tindakan itu berjaya membuatkan gajah tersebut berhenti dan beredar, sekali gus menyelamatkan kami berdua," katanya.
Lebih mengagumkan, Bowling sempat mengeluarkan kameranya dan mengambil beberapa keping gambar ketika gajah berkenaan meluru ke arahnya.

"Saya berasa kejadian terbabit merupakan kenangan yang manis dan saya cukup bertuah mendapat pengalaman hebat itu," katanya. - AGENSI




Thursday, 12 June 2014

Dipenjara 11 Tahun Kerana Makan Kari Mayat



alt


LAHORA 13 Jun - Dua lelaki adik beradik semalam dipenjara 11 tahun sebuah mahkamah di sini kerana memakan mayat bayi dalam kes yang mengejutkan rakyat Pakistan. Mereka melakukan demikian setahun selepas dibebaskan atas kesalahan sama. Farman Ali dan Mohammad Arif ditahan April lalu selepas polis menemui kepala bayi berusia dua hari di rumah mereka.
Mereka mencuri mayat bayi itu dari tanah perkuburan di kampung mereka di Darya Khan, kira-kira 300 kilometer ke selatan Islamabad. Menurut polis lagi, kedua-dua beradik itu yang berusia lewat 30-an, memasak dan memakan kari yang dimasak daripada mayat berkenaan.
Mereka pernah ditahan kerana memakan mayat di kampung sama pada 2011 dan menjalani hukuman penjara dua tahun serta menjalani rawatan psikiatrik. - Agensi

Wednesday, 11 June 2014

Polis gemuk jejas kenaikan pangkat


Oleh ILAH HAFIZ AZIZ


KUALA LUMPUR 11 Jun - Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai masalah obesiti melampau akan diberi peringatan tegas dan peluang kenaikan pangkat mereka juga boleh terjejas.
Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan pegawai atau anggota yang mengalami obesiti keterlaluan kerana boleh mengganggu tugasan serta mengakibatkan masalah kesihatan.
"PDRM kini mengamalkan dasar mewajibkan semua anggota dan pegawai polis berada dalam keadaan sihat dan perkara itu termasuklah membendung masalah kegemukan yang sering dipersoalkan masyarakat terhadap polis.
"Sudah tentu kami tidak menerima mereka yang mempunyai masalah obesiti yang keterlaluan. Masyarakat juga akan memandang sinis terhadap polis yang buncit ketika memakai pakaian seragam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia Ahad lalu yang mengutarakan masalah obesiti dalam kalangan anggota tentera dan polis.
Kata Awang Selamat, tidak segak kalau mereka berpakaian seragam tetapi berperut boroi dan masalah itu juga berlaku dalam kalangan bos-bos polis dan tentera.
Itu susulan terdapat perdebatan di Britain tentang masalah obesiti di kalangan tentera dan polis. Kerajaan Britain nampaknya bimbang dengan masalah tersebut yang dikhuatiri menjejaskan aspek kesiapsiagaan.
Ia tercermin dengan tindakan drastik Kementerian Pertahanannya yang memecat sekurang-kurangnya 50 tentera gemuk antara 2002 hingga Mac tahun ini, selain ada yang diminta bersara.
Masalah sama juga dihadapi oleh tentera Amerika Syarikat yang separuh daripada tentera negara itu mempunyai berat badan berlebihan dan 19 peratus lagi dikategorikan gemuk.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fuzi juga memberitahu, masalah kegemukan dalam 124,000 perjawatan PDRM tidak serius namun pihaknya sentiasa mengambil peranan untuk mengelakkan perkara itu terbiar dan menjadi parah pada kemudian hari.
"Saya tidak mempunyai data tentang masalah obesiti dalam kalangan polis tetapi saya yakin jumlah mereka tidak banyak kerana kami sentiasa memainkan peranan dan tidak bertolak ansur tentang isu ini," katanya.
Tambahnya, PDRM juga tidak menyasarkan perhatian kepada anggota polis sahaja sebaliknya terhadap pegawai-pegawai yang berjawatan tinggi juga.
"Bukan anggota bawahan sahaja tetapi pegawai atasan juga diwajibkan untuk mengambil berat tentang isu berat badan ini. Macam mana mereka mahu memimpin pasukan jika tidak cergas seperti anak buah mereka," katanya.
Mohamad Fuzi juga mencadangkan agar setiap anggota dan pegawai polis mencuri sedikit masa untuk melakukan aktiviti sukan bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah kesihatan.
"Sememangnya kerja sebagai polis tidak mempunyai masa yang banyak namun aktiviti sukan serta amalan kesihatan lain amat digalakkan. Ambil contoh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sentiasa berpuasa setiap Isnin dan Khamis setiap minggu bagi menjaga tahap kesihatan dan amalannya," 
kata beliau -  Utusan Melayu (M) Bhd 

Naikkan pencen pesara GLC


MOHAMED Shafie BP Mammal (dua dari kanan) menyerahkan memorandum tuntutan pencen pesara-pesara GLC kepada Omar Osman untuk diserahkan kepada Perdana Menteri ketika sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 11 Jun - Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) menggesa kerajaan mempertimbangkan permohonan kenaikan kadar bayaran pencen kepada pesara GLC dan Penswastaan dalam Bajet 2015.
Presidennya, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, ketika ini pesara berkenaan menerima bayaran pencen antara RM150 dan RM250 sebulan yang dilihat tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup.
"Lebih 100,000 kakitangan syarikat GLC hanya menerima bayaran pencen antara RM150 hingga RM200 sebulan iaitu jumlah yang sangat rendah dan ditakrifkan di bawah paras kemiskinan. Kami merasakan golongan pesara berkenaan tidak menerima ganjaran yang setimpal seperti kakitangan awam lain.
"Oleh itu, kami merayu kepada kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya meneliti semula formula bayaran pencen selaras dengan perkembangan masa kini.
"Pihak kesatuan juga telah menyediakan satu memorandum yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri dengan berharap kerajaan dapat memberi perhatian serius mengenai perkara tersebut dalam pembentangan Bajet 2015," katanya dalam sidang akhbar Memorandum Tuntutan Pencen bagi pesara-pesara syarikat GLC selaras dengan bajet 2015 di sini hari ini.
Jelas beliau, memorandum tersebut akan diserahkan menerusi Penasihat Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Omar Osman, kepada Perdana Menteri sebelum Ramadan ini.
Dalam pada itu, Mohamed Shafie berkata, pihaknya juga mencadangkan supaya bayaran pencen bagi pesara GLC dinaikkan kepada minimum RM750 sebulan yang dilihat sesuai dengan kos sara hidup pada masa ini.
"Pesara GLC dan Penswastaan disarankan dari sektor awam pada usia yang muda. Oleh itu, mereka menerima pencen yang rendah kerana gaji akhir pada ketika itu rendah dan perkhidmatan mereka kurang daripada 25 tahun. Justeru kami berharap rayuan ini mendapat pertimbangan daripada kerajaan memandangkan jumlah bayaran pada ketika ini tidak dapat menampung perbelanjaan keseluruhan keluarga.
"Malah, mereka juga berhak mendapat peningkatan kadar bayaran pencen kerana pernah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selain masih produktif untuk menyumbang khidmat kepada syarikat,"
Selain itu, beliau turut meminta kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji cadangan yang melibatkan kebajikan pesara GLC dan pekerja. - Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, 9 June 2014

Pengertian Dan Keutamaan Ramadhan

RAMADHAN dan Syawal dua daripada bulan-bulan Islam. Ramadhan dan syawal 
dimuliakan kerana keutamaan beramal di bulan tersebut. Pada bulan tersebut diwajibkan 
amalan  berpuasa sebulan ramadhan dan mengeluarkan zakat di akhir ramadhan
 dan menjelang syawal. Kedua bulan tersebut adalah bulan yang istimewa dan
 mulia disisi Allah dan para hamba-Nya. Sebagai umat Islam kita perlu memuliakan dan 
 menghayati ramadhandan syawal untuk mendapat keberkatannya.

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN RAMADHAN

Ramadhan ertinya bulan imtihan atau bulan ujian. Bulan ramadhan juga disebut bulan
puasa kerana pada bulan ramadhan itu diwajibkan berpuasa sebulan ramadhan.
Bulan ramadhan ialah bulan beribadah, bulan yang disebut dalam al-quran. 
Allah memilih bulan ramadhan dari bulan-bulan yang dua belas dan menjadikannya
bulan yang utama. Allah memilih ramadhan untuk melimpahkan nikmat besar-Nya
kepada para hambanya dengan menurunkan Al-quran.

Firman Allah SWT:
Ertinya : “(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan ramadhan, bulan yang 
didalamnya diturunkan sembilan permulaan. Al-quran sebagai petunjuk bagi manusia dan 
bermacam-macam keterangan yang merupakan petunjuk, antara yang benar dan yang
 batil.” (Al-Baqarah : 185)

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan adalah bulan yang memiliki kesucian dan keistimewaan yang banyak.
 di antara keistimewaan- keistimewaan bulan ramadhan ialah :

1- Bulan yang terpilih untuk melakukan ibadah puasa sebagai tanda kesyukuran kepada
     Allah atas nikmat-Nya. Firman Allah SWT:
  Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan puasa atas kamu sebagai
  mana telah difardhukan atas umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu
 (dengan perantaraan puasa itu) memperoleh taqwa.” (Al-Bakarah : 183)

2- Bulan yang telah dipilih oleh Allah SWT diadakan suatu malan yang sangat tinggi nilainya,
     iaitu “Malam Lailatul Qadar”
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan
ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah elah menfardhukan atas kamu berpuasa 
didalamnya. Dibuka didalamnya segala pintu syurga, dikunci didalamnya segala pintu
neraka, dan dibelenggu didalamnya segala syaitan. Didalamnya ada satu malan yang 
lebih baik dari seribu bulan (malam lailatul qadar). Barangsiapa tiada diberikan kebajikan 
malam itu, maka sesungguhnya tidak diberikan kebajikan kepadanya.
” (Riwayat Ahmad, An Nasa’I dan Al Baihaqi dan Abu Hurairah)

3- Bulan yang dipilih untuk sembahyang terawih dimalamnya. Sembahyang terawih adalah
    sembahyang sunat yang hanya ada di bulan ramadhan. Sepanjang malam bulan
    ramadhan disunatkan mengerjakan sembahyang terawih secara berjemaah.

4- Bulan yang dipilih untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, seperti membaca
     al-quran, membanyakkan sedekah, sembahyang sunat dan sebagainya.

5- Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota Makkah.
    Disaat itu berakhirlah penyembahan Berhala disisi Kaabah dan Makkah menjadi suci
    sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

6- Berlakunya Nuzul Al-quran pada 17 ramadhan yang disambut setiap tahun sebagai
     memperingati kesempurnaan al-quran. Diturunkan kepada Rasulullah SAW.

7- Dipelihara daripada dosa.
   Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sembahyang lima waktu, jumaat ke jumaat,
   ramadhan ke ramadhan menutupi dosa-dosa yang dilakukan diantara, asal sahaja
   dijauhi segala dosa besar.” (Riwayat Muslim dan Abu Hurairah)

8- Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka. Syaitan dibelenggu. Sabda Rasulullah SAW
    yang bermaksud, “Pada suatu hari, aku berada disisi Uqbah bin Farqad sedang dia
    menceritakan tentang hal ramadhan, maka datanglah kepada kami seorang lelaki
    dari sahabat Rasul.

Setelah orang itu dilihat oleh Uqbah, dia pun merasa takut lalu berdiam diri. Maka orang
itu menceritakan tentang hal ramadhan, katanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW
berkata : “Didalam bulan ramadhan dikunci segala pintu neraka, dibuka segala pintu
syurga dan dibelenggu segala syaitan.”

Berkata Nabi lagi, “Seorang Malaikat berseru, “Wahai segela orang yang menghendaki
kebajikan bergembiralah kamu dan wahai orang yang menghentikan kejahatan tahanlah
diri kamu. “Malaikat terus-menerus berseru, sehingga habis bulan ramadhan.
” Riwayat Ahmad dan Nasa’i

9- Mendapat perhatian, keutamaan dan ganjaran dari Allah SWT;
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Rasulullah SAW bersabda, Telah diberikan
kepada umatku dibulan ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada
seseorang nabi sebelumku :

a) Dipermulaan bulan ramadhan Allah melihat kepada umatku, barangsiapa Allah lihat
     kepadanya, nescaya tidak diazabnya selamanya.
b) Bau mulut mereka diwaktu petang hari lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.
c) Para Malaikat memohon ampunan untuk mereka disetiap hari dan malam.
d) Allah menyuruh kepada syurganya serta berkata kepadanya, “Bersiaplah kamu dan
    berhiaslah kamu untuk hamba-hamba- Ku. Mereka hampir beristirehat dari kepayahan
    dunia, menuju ke negeri-Ku dan kemuliaan-Ku.
e) Pada akhir malam bulan ramadhan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang
    lelaki dari Sahabat bertanya : “Apa itu Lailatul Qadar ya Rasulullah?”
    nabi menjawab : “Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja
    Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, nescaya disempurnakanlah
    upah-upah mereka.” (Riwayat Ahmad, Al Bazzar, Al Baihaqi dari Jabir)

10- Sejarah berlakunya perang Badar Al Qubra. Kemenangan pihak Islam menjadi
      penentu sejarah kegemilangan Islam.

11- Sejarah berlakunya penaklukan Kota Makkah oleh Rasulullah dan tamatnya agama
      berhala. Bulan yang berlakunya kemenangan dipihak Rasulullah SAW menawan Kota
      Makkah. Disaat itu berakhirlah penyembahan berhala disisi kaabah dan Makkah
       menjadi suci sebagaimana yang Allah SWT kehendaki.

12- Setiap solat terawih mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Bulan yang dipilih
       untuk solat terawih pada malamnya. Solat terawih adalah sembahyang sunat yang
       hanya ada dibulan ramadhan. Sepanjang malam dibulan ramadhan disunatkan
       mengerjakan solat terawih secara berjemaah.

13- Hanya dibulan ini dituntut sebanyak-banyak ibadah berbanding dibulan-bulan yang
      lain. Bulan yang dipilih untuk kita membanyakkan amal ibadah sepert
      membaca al quran, membanyakkan solat sunat dan sebagainya. Bulan ini segala
      doa dan apa-apa yang diminta insyallah dimakbulkan Tuhan.

14- Para syaitan dirantai atau dibelenggu moga dengan itu maksiat berkurangan.
      Pada malam permulaan ramadhan nabi bersabda : “Pada permulaan malam ramadhan,
      para syaitan dan jin yang jahat dibelenggu serta pintu-pintu neraka dikunci, tidak ada
      satu pun yang terbuka. Pintu-pintu syurga dibuka dan tidak ada satu pun yang dikunci.
      Pada setiap malam ada yang memanggil : “Hai orang-orang yang mendambakan
      kebajikan menghadaplah, dan hai orang-orang yang mendambakan keburukan,
      menyingkirlah. Allah pada setiap malamnya akan membahaskan
      ramai orang dari neraka.”

Nyata sekali terlalu banyak keistimewaan dan kebajikan atau kebaikan dibulan ramadhan.
Jadi tidak hairanlah para Sahabat dan Salafussoleh begitu merindukan saat-saat
di bulan ramadhan.

Sumber -Internet