Monday, 29 December 2014

Persekolahan Ditangguhkan

DUNGUN: Penangguhan selama seminggu permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negeri tidak perlu diganti, kata

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang bersesuai untuk persekolahan.

"Bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu yang kita terpaksa tangguhkan. Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini.

Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain pada 12 Januari (Isnin).Turut bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah di tujuh negeri terjejas banjir atau menjadi Pusat Pemindahan Sementara."Banjir masih berlarutan, maka sebahagian sekolah tidak dapat digunakan. Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar.

"Justeru, atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami berikutan bencana itu. - BH Online

Sunday, 28 December 2014

Malaysia Akan Bantu Indonesia Cari Pesawat AirAsia Yang Hilang – Najib

AirAsia

 Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan Malaysia akan membantu Indonesia mencari pesawat AirAsia yang hilang.Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

      Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ 8501, yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.Portal berita Detik.com melaporkan, pesawat berkenaan dikatakan hilang hubungan ketika melintasi Pulau Kalimantan.

   “Kami masih menyiasat perkara ini,” kata Pengurus Besar Angkasa Pura 1 Juanda, Trikora Hardjo.
Sementara itu, portal media Tempo melaporkan, pesawat QZ8501 dalam perjalanan ke Singapura itu, dijadualkan tiba di destinasinya pada jam 7.20 pagi, waktu Indonesia Barat (WIB). Pesawat jenis Airbus A320-200 itu membawa dua juruterbang, seorang juruteknik dan empat anak kapal, serta 155 penumpang yang terdiri daripada 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat berkenaan diterbangkan Kapten Irianto.

   Menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia, 149 penumpang merupakan warganegara Indonesia, tiga warganegara Korea dan tiga lagi terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, seorang Singapura dan seorang lagi rakyat Britain.Pesawat tersebut meninggalkan Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pada jam 6.36 pagi (WIB) dan perjalanan ke Singapura mengambil masa 2 jam 20 minit.
Sementara itu kenyataan AirAsia (Indonesia) mengesahkan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7.24 pagi Ahad.

     Pada waktu ini, kami masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai status penumpang dan kru di dalam pesawat berkenaan tetapi kami akan memastikan semua pihak mendapat maklumat terkini,” kata kenyataan itu.Kenyataan itu berkata, buat masa ini juga operasi mencari dan menyelamat dilakukan dan AirAsia bekerjasama dalam membantu operasi berkenaan.

   Air Asia juga melancarkan Pusat Panggilan Kecemasan di talian +622129850801 untuk keluarga dan sahabat penumpang dan kru dalam pesawat berkenaan.Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya kini berhubung dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dilaporkan akan berhubung dengan rakan sejawatnya untuk memastikan apa yang berlaku. - Suara TV

Tuesday, 23 December 2014

Fenomena ‘new moon’ burukkan keadaan banjir

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Dr. Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.
Dr. Mohd. Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya. - Bernama

Monday, 22 December 2014

Idris menang Presiden WAY

TIRANA, Albania 10 Dis. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY) bagi penggal 2014-2018 di sini semalam setelah pencabarnya dari Ghana terkeluar daripada persaingan.
Pertandingan dua penjuru yang dijangkakan antara Idris, 48, yang juga penyandang jawatan itu dengan lawannya tidak kesampaian setelah wakil Ghana itu disahkan tidak mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan oleh sekretariat jawatankuasa WAY. 

Wednesday, 3 December 2014

Nur Syafiqa reda

 MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa

 MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa samun Nur Shafiqa Lah ketika menyampaikan sumbangan di rumah mangsa di Seri Aman 3, di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – BERNAMA

 PASIR PUTEH 3 Dis. – Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.
“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya. -Bernama
MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa samun Nur Shafiqa Lah ketika menyampaikan sumbangan di rumah mangsa di Seri Aman 3, di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – BERNAMA
PASIR PUTEH 3 Dis. – Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.
Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.
“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.
“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.
Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.
“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.
Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.
Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.
Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nur-syafiqa-reda-1.32405#sthash.okUtJM0I.dpuf