Muhyiddin Yassin bersama Hishammuddin Tun Hussein (tiga dari kiri) dan Mohd. Shafie Apdal (kiri) mengangkat tangan Hasan Arifin (tengah) ketika mengiringi beliau ke pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin di Rompin, semalam. Turut hadir, Adnan Yaakob (dua dari kiri), Liow Tiong Lai (belakang, dua dari kanan) dan S. Subramaniam (kanan).
ROMPIN 22 April - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin pada 5 Mei ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin dengan wakil Pas, Nazri Ahmad.Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi berkenaan, Datuk Fadzilla Salleh selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini selesai pada pukul 10.30 pagi.
Calon Pas menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.05 pagi diikuti calon BN pada pukul 9.07 pagi.Mengiringi Hasan termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dua Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC, Datuk Seri S. Subramaniam.
Proses penamaan calon berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini biarpun ribuan penyokong BN dan Pas membanjiri kawasan tersebut.Dalam pada itu, penulis blog, Mohd. Shukri Mohd. Ramli mendakwa dia dihalang untuk bertanding sebagai calon Bebas pada PRK ini.
Berikutan itu, dia mendakwa gagal menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding.
Kerusi Parlimen Rompin kosong berikutan kematian Allahyarham Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, Jamaludin mengekalkan kerusi Parlimen Rompin yang disandangnya sejak 1990 selepas mengalahkan bekas Ketua Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan orang ramai yang akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil itu mampu mencecah 80 peratus meskipun hari pengundian diadakan pada hari bekerja.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, jangkaan itu adalah berdasarkan jumlah 86 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lepas.“Walaupun diadakan pada hari biasa, kita yakin peratusan keluar mengundi mampu mencapai 80 peratus. Ini berdasarkan pengalaman kita pada PRK sebelum ini yang turut diadakan pada hari biasa.
“Keputusan PRK ini dijangka dapat diumumkan seawal pukul 11 malam pada 5 Mei ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Rompin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, pihaknya berpuas hati dengan perjalanan proses penamaan calon hari ini dan berharap ia akan kekal sehingga PRK Rompin selesai.Kedua-dua penyokong parti yang bertanding tidak membuat sebarang provokasi dan mereka mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” katanya.- Utusan Online

-