“Jika benar kos makanan ternakan meningkat sejak beberapa tahun lalu, mereka sepatutnya sudah mencari jalan penyele­saian contohnya menghasilkan makanan ayam sendiri supaya tidak lagi bergantung dengan import.“Saya berharap selepas ini Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mempamerkan kos bersih semasa seekor ayam supaya pengguna boleh membuat perbandingan dengan harga ayam di pasaran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan persatuan penternak ayam beberapa negeri akan menaikkan harga ayam dengan alasan makanan ayam yang diimport mengalami kenaikan harga akibat kejatuhan nilai mata wang ringgit Malaysia di samping pe­ningkatan permintaan menjelang Aidilfitri. Sementara itu, menurut Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman, jika di luar musim pe­rayaan Aidilfitri, para penternak boleh pula menjual dengan harga rendah tanpa mengalami kerugian.

“Namun bila dekat nak raya, mulalah macam-macam alasan diberikan, makanan ternakan naik lah dengan tahun ini nilai mata wang ringgit yang rendah dijadikan alasan mengapa makanan ternakan import mahal.“Mereka tahu permintaan terhadap ayam akan meningkat, jadi inilah masa untuk merebut peluang mengaut keuntungan besar. Sedangkan jika bukan musim pe­rayaan, mereka boleh jual dengan harga rendah dan tidak pula mengalami kerugian besar atau tutup kedai.

“Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) harus menyiasat persatuan penternak dan pemborong yang didakwa berpakat menaikkan harga ayam menjelang musim perayaan dan ambil tindakan sepatutnya,” katanya.Sementara itu, Presiden Persa­tuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, kenaikan yang dilakukan harus tidak sehingga membebankan pengguna.“Saya faham jika kos operasi semakin meningkat tetapi saya berharap peniaga tidak tamak dan menaikkan harga secara mendadak.

“Wakil-wakil daripada penternak, pemborong, peniaga malah pengguna harus mengadakan dialog dan bersedia bertolak ansur untuk menyelesaikan masalah yang tidak berpenghujung ini,” katanya.- Utusan online