Tuesday, 26 January 2016

TPPA: Kaedah Pengundian Diputuskan Speaker

KUALA LUMPUR - Cara ahli-ahli Parlimen mengundi penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) adalah ditentukan oleh Speaker Dewan RakyatMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata terpulang kepada Speaker sama ada pengundian tersebut akan dilakukan secara rahsia atau tidak.“Tiada dalam tafsiran Malaysia undi rahsia. Terpulang kepada Speaker. Beliau putuskan, bukan kami.

Mustapa bagaimanapun berkata, amalan yang dilakukan dalam Parlimen Malaysia adalah sistem pengundian melalui kaedah suara atau undi belah bahagi.
“Kaedah pengundian esok, satu undi melalui suara. Itu bergantung Speaker. Tapi kalau ada 15 ahli Parlimen mohon undi belah bahagi, maka akan ada belah bahagi,” katanya.
Beliau mengulas permintaan ahli Parlimen pembangkang yang meminta proses pengundian TPPA dilakukan secara rahsia dan atas suara hati ahli Parlimen.“Kalau tanya saya, sebelum ini di luar panas dah. Saya harapkan ada perbahasan panas, tapi belum ada lagi, sekarang masih terkawal,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Mustapa, yang juga ahli Parlimen Jeli berkata, kementeriannya juga memperkenalkan budaya baharu di Parlimen apabila membawa TPPA ke Dewan Rakyat untuk dibahaskan.“Peristiwa ini tidak pernah berlaku dalam sejarah, perjanjian antarabangsa dibawa ke Parlimen. Ini budaya baharu, pembangkang dan kerajaan duduk semeja bincang.
“Ini positif untuk demokrasi di Malaysia. Kaukus ini bipartisan. Pembangkang akui sendiri,” katanya.Beliau berkata, pada awal kaukus berkenaan, 6 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) turut menolak TPPA, malah ahli Parlimen pembangkang juga mengugut meninggalkan kaukus berkenaan.Dewan Rakyat mengadakan siding khas dua hari mulai hari ini bagi membahaskan mengenai TPPA sebelum diputuskan sama Kerajaan menyertai perjanjian tersebut. -http://klxpress.com.my/

Wednesday, 20 January 2016

Lelaki tabal jadi 'Maharaja Kinta'

Lelaki yang mendakwa diri ‘Maharaja Kinta' (dua kiri depan) bersama isterinya ketika menjalankan ist
LELAKI yang mendakwa diri ‘Maharaja Kinta' (dua kiri depan) bersama isterinya ketika menjalankan istiadat bersiram sebelum majlis pemasyhuran di Selangor, tahun lalu.
MUKADIMAH: Dia hanyalah orang biasa, tinggal di sebuah kawasan di pinggir Kuala Lumpur tetapi 'ditabalkan’ sebagai 'Maharaja Kinta Mahkota Alam’. Dia juga mengadakan majlis penganugerahan darjah dan pingat membawa gelaran 'Datuk’ dan 'Datuk Seri’ kepada individu yang berminat.Tetapi apa yang anehnya, biarpun tidak diiktiraf oleh kerajaan namun lelaki tersebut menggunakan nama 'Yang Mulia Datuk Seri Paduka Raja’ di dalam kad pengenalannya. Ahli-ahli keluarganya juga berbuat demikian dengan pelbagai gelaran.Dalam laporan khas kali ini, Wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR mendedahkan kewujudan 'Maharaja Kinta’.

KUALA LUMPUR 16 Jan. -  Selain individu yang mendakwa ‘Sultan Melaka’ dan ‘Raja Kerinci Tinggi Sumatera’atau Bonda Ratu, kini muncul lagi seoranglelaki bergelar ‘Maharaja Kinta’.Satu sumber mendakwa, upacara mentabalkan individu tersebut berlangsung pada November lalu di Selangor dengan diuar-uarkan sebagai ‘Majlis Pemasyhuran Maharaja Kinta Mahkota Alam’.“Selain upacara mirip pertabalan raja-raja dilakukan seperti adat bersiram, turut diadakan penganugerahan darjah dan pingat khususnya yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk’,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia.Kata sumber itu, lelaki berusia sekitar 60-an tersebut diisytiharkan sebagai ‘Maharaja Kinta’ dengan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia Dato’ Seri Paduka Raja....’.“Walaupun sebahagian kaum keluarga tersebut mempercayai mereka daripada keturunan Panglima Kinta berdasarkan satu dokumen yang didakwa disahkan oleh Jabatan Arkib Negara, tetapi ia bukanlah bermaksud mereka mempunyai hak menganugerahkan darjah dan pingat kepada seseorang.

“Tetapi apa yang berlaku, ‘Maharaja Kinta’ tersebut berbuat demikian dan sesetengah ahli keluarganya menggunakan pelbagai pangkat termasuk ‘Datuk Seri’ dan ‘Datuk,’’ katanya.Apa yang mengejutkan, walaupun ‘pertabalan’ tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan tetapi lelaki berkenaan menggunakan gelaran dalam kad pengesahan nama yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).Tindakan itu menimbulkan persoalan bagaimanakah pendaftaran nama tersebut boleh dilakukan sedangkan ia melibatkan penganugerahan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

“DIfahamkan ada orang tengah menguruskan perkara itu dengan bayaran tertentu,’’ kata sumber ber­kenaan.Malah difahamkan beberapa ahli perniagaan dan artis yang turut menerima pingat daripada ‘Maharaja Kinta’ tanpa segan silu menggunakan gelaran itu dalam iklan-iklan akhbar bagi mempromosikan perniagaan mereka.Ditanya adakah penganugerahan darjah dan pingat membawa gelaran ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ oleh ‘Maharaja Kinta’ melibatkan jumlah bayaran tertentu, sumber pihak berkuasa berkata, ada dakwaan mengatakan untuk anugerah ‘Datuk’ ia berharga RM40,000.“Tetapi kita tidak tahu sejauh manakah kebenarannya, cuma apa yang pasti pertabalan dan penganugerahan melibatkan ‘Maharaja Kinta’ itu melanggar undang-undang,’’ kata sumber berkenaan.

Sumber juga memberitahu, mengikut perancangan ‘Maharaja Kinta’ akan mengadakan majlis penganugerahan pingat pada Februari ini yang akan turut dihadiri oleh ‘raja-raja Nusantara’“Bagaimanapun difahamkan ia ditangguhkan ke bulan April berikutan heboh isu penganugerahan darjah dan pingat palsu oleh Utusan Malaysia. Selain itu, buat masa ini ahli keluarga ‘Maharaja Kinta’ juga telah diarahkan menanggalkan kesemua plak dan nombor plat pada kenderaan masing-masing yang memaparkan gelaran dan logo ‘Maharaja Kinta’,’’ katanya. - Utusan Online

Monday, 4 January 2016

Gajet di Mara Digital tulen

ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kanan) meninjau kedai telefon bimbit

ISMAIL SABRI YAAKOB (dua dari kanan) meninjau kedai telefon bimbit sambil diperhatikan oleh Ibrahim Ahmad (kanan) dan Khairul Azizi Ismail (kiri) ketika melawat Mara Digital di Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kesemua gajet dan alatan telekomunikasi di Mara Digital perlu melalui proses saringan terlebih dahulu sebelum dijual kepada pengguna untuk memastikan ketulenan barangan tersebut.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses tersebut akan dijalankan oleh Pusat Bekalan IT Tulen, WGN Scan Sdn. Bhd. (WGN Scan).

Katanya, proses saringan itu mampu membendung masalah barangan tiruan yang sebelum ini sering dihadapi oleh pengguna."Terdapat dua jenis produk yang dibawa masuk ke sini, pertamanya adalah produk yang dibawa masuk melalui WGN Scan dan peniaga-peniaga mengambil produk tersebut daripada WGN Scan.

"Kedua pula adalah produk yang diambil dari negara pengeluar dan produk ini juga perlu dibawa serta disahkan ketulenannya oleh WGN Scan," katanya ketika ditemui selepas melawat Mara Digital di Menara Mara di sini hari ini.Yang turut hadir, Ketua Pengarah Mara, Datuk Ibrahim Ahmad, Pengurus Besar WGN Scan, Wan Mohd. Zaffique Wan Mohd. Zin dan Ketua Pelaburan Mara Incorporated Sdn. Bhd., Khairul Azizi Ismail.Menurut Ismail Sabri, melalui cara itu, pihaknya berharap tidak lagi timbul keraguan mengenai keaslian produk yang dijual di Mara Digital.Dalam pada itu, beliau memberitahu, antara pembaharuan yang dilakukan di Mara Digital untuk menjamin hak pengguna adalah pembukaan sebuah pusat aduan pelanggan di situ."Pusat aduan pelanggan ini akan beroperasi dengan segera walaupun sehingga kini kita masih belum menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai produk yang dijual.

"Pegawai Mara Incorporated Sdn. Bhd. akan menjalankan tugas mereka di pusat aduan pelanggan ini, jika ada aduan tentang produk, tak puas hati dengan layanan semua pengguna boleh adukan di sini," katanya.Tambahnya, dalam tempoh terdekat, dua lagi Mara Digital akan dibuka iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam dan Damansara sebelum diperluaskan ke seluruh negara."Paling awal kita jangka Mara Digital di Anggerik Mall serta Damansara akan dibuka pada pertengahan tahun ini," jelasnya.-Utusan Online