Monday, 27 October 2014

Tindakan tegas jika guna pengiring selain anggota polis


KUALA LUMPUR: Polis akan mengenakan tindakan tegas terhadap pihak tertentu yang menggunakan khidmat pengiring selain daripada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata mana-mana jabatan atau individu yang menggunakan khidmat pengiring peribadi selain daripada anggota polis adalah salah dari segi undang-undang.

"Mereka yang menyekat atau menghalang lalu lintas untuk kepentingan peribadi bukan saja menyusahkan orang ramai malah boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

"Pihak berkenaan yang masih ingkar terhadap undang-undang boleh disiasat mengikut Seksyen 21 (2) Akta Polis," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Berita Harian 27 Okt 2014

No comments:

Post a Comment