Friday, 2 October 2015

Kerajaan Akan Putuskan Bina Paip Gas Di Persisiran Pantai


KOTA KINABALU: Kerajaan akan memutuskan tentang cadangan untuk membina saluran paip gas di persisiran pantai di negeri ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kementeriannya akan membentangkan cadangan itu kepada kabinet untuk diluluskan dalam tempoh dua bulan lagi.Beliau berkata saluran paip itu akan digunakan untuk menyalurkan gas asli dari Gayang di Kota Kinabalu ke Sandakan untuk membekalkan gas kepada dua loji jana kuasa yang akan dibina di Sandakan.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara telah meluluskan cadangan untuk mebinaan dua loji janakuasa menggunakan gas di Sandakan, setiap satu masing-masing mempunyai kapasiti 190MW yang menjadikannya 380MW, dari dibina di Tawau yang akan memakan belanja yang tinggi.
“Saluran paip ini kan melalui Tuaran, kota Belud, Kota Marudu dan Beluran dan daerah-daerah ini boleh dibekalkan gas,”katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Antarabangsa Sistem Elektrik Besar Rantau Asia Oceania (AORC- CIGRE) di sini kelmarin.
“Pada mulannya rancangan untuk membina loji janakuasa 300MW arang batu tetapi ianya ditangguhkan sehingga lewat hampir 10 tahun kerana masalah alam sekitar.“Bagaimanapun kita masih perlu membekalkan bekalan elektrik ke pantai timur berikutan permintaan yang seamkin meningkat, dari itu kita membuat pilihan untuk menggunakan gas tetapi ianya terlalu mahal untuk menyalurkan melalui Keningau dan Banjaran Croker.
“Jadi pilihan lain mereka perlu menggunakan Gas Cecair Asli (LNG) untuk bahan bakar janakuasa di kawasan pantai timur, tetapi bila saya masuk campur, kita kaji semula keadaan ini dan mendapati jika gas dihantar dalam bentuk LNG, tidak banyak industri yang menggunakannya untuk jumlah yang besar, ia hanya akan memberikan faedah sebilangan kecil.Dalam hubungan ini selepas berbincang dengan kerajaan negeri, kita memutuskan untuk menyalurkan gas ke Sandakan melalui saluran paip jadi daerah-daerah di sepanjang laluan itu boleh menggunakannya, ini seperti yang dilakukan di semenanjung Malaysia yang memberikan faedah pekan-pekan di sepanjangnya, yang menyumbang pembangunan di Semenanjung Malaysia,” katanya.
Dr Maximus berkata bekalan elektrik boleh disalurkan dari Sandakan ke Lahad Datu dan Tawau melalui peningkatan talian transmisi.Beliau berkata kementeriannya akan berunding dengan Petronas tentang projek saluran paip ini tetapi belum lagi dimukamadkan.Katanya, kebimbangan pencemaran alam sekitar menggunakan arang batu tidak berasas memandangkan teknologi moden yang boleh digunakan masa kini.
“Bagi saya kebimbangan ini tidak berasas, saya mempunyai latar belakang siantis, dengan adanya teknologi hari ini ianya tidak menjadi isu lagi,” katanya sambil menambah terdapat loji jankuasa menggunakan arang batu di Singapura, di tengah-tengah bandaraya Tokyo, tetapi apa boleh buat, kita perlu menghormati keputusan rakyat. Beliau juga memberitahu kerajaan telah meluluskan pembinaan empangan hidroelektrik yang mampu menghasilkan 180MW di Ulu Padas, Beaufort tetapi TNB, SESB dan kerajaan negeri perlu menjawab tawaran berkualiti ini.Dr Maximus berkata perbincangan akan diadakan untuk memuktamadkan projek ini yang akan ditamatkan pada Januari tahun depan.
Empangan Ulu Padas adalah sebahagian daripada bantuan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan bekalan elektrik yang bertambah biak di Sabah. Disamping itu, kata Dr Maximus termasuk sokongan atau pembaharuan semula tiga set 30MW generator lama di Lahad Datu.
Terdahulu dr Maximus dalam ucapannya Malaysia sedia menyertai inisiatif Grid Tenaga ASEAN (APG. Beliau berkata pada masa depan, inisiatif itu mungkin memasukkan rangkaian hubungan antara Malaysia dan Indonesia (Sumatera), Semenanjung dan Sarawak, Inter-Borneo Sarawak dan Sabah, serta Sabah dan Filipina.
“Sejak lima tahun lepas, kami mengadakan perbincangan serius berkaitan perkara ini. Cadangan keseluruhannya, sudah tentulah, saling hubungan dan perkongsian sumber dan sebagainya.“Seperti yang pernah saya katakan, memang diakui bahawa sebelum memperkatakan tentang rangkaian saling hubung ini, kita perlu pastikan segala urusan berada dalam keadaan baik.“Melainkan grid nasional kita mantap dan lestari, barulah kita boleh mengunjurkan tentang mengeksport dan mengimport tenaga.
“Saya rasa grid Malaysia cukup mantap dan lestari, selain menepati standard antarabangsa. Kami sedia menyertai grid saling hubung di bawah APG,” katanya.Ongkili bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Majlis Antarabangsa Sistem Elektrik Besar Rantau Asia Oceania (AORC-CIGRE) di sini kelmarin.Mesyuarat lima hari itu, yang julung kali diadakan di Sabah, dihadiri 42 negara anggota CIGRE. Mesyuarat tahun ini dianjurkan JawatankuasaCIGRE Nasional Malaysia (MNC-CIGRE).
Turut hadir pada majlis ini ialah Presiden CIGRE Dr Klaus Frohlich, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Dr Nadzri Yahya, Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Abdul Razak Majid dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Leo Moggie.
New Sabah Times

No comments:

Post a Comment