Monday, 16 November 2015

Parah dibelasah selepas pecah rumah




KAJANG 16 Nov. – Seorang lelaki parah akibat dipukul orang awam selepas ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pe­cah rumah di kawasan perumahan Alam Damai, Cheras semalam. - 



Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek yang berusia 20-an itu cedera di kepala dan badan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras. “Suspek dikatakan bersama seorang lagi rakan dipercayai memecah masuk rumah salah seorang 

penduduk di situ. “Bagaimanapun, tindakan mereka berjaya dikesan penduduk sebelum mengepung rumah ber­kenaan. “Apabila suspek keluar dari rumah, penduduk bertindak mengepung sebelum menahan dan belasah,” katanya di sini hari ini. Ujarnya, rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri bersama hasil barang yang dicuri. “Lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki ditahan polis kira-kira pukul 3.15 pagi hari ini selepas

 dipercayai terlibat dalam kegiatan ceroboh Surau Al-Asmah di Taman Sri Jelok di sini, pada Sabtu lalu. Suspek berumur 20 tahun itu ditahan di rumahnya di kuarters sebuah institut penyelidikan di Bandar Baru Bangi dekat sini selepas pasukan polis berjaya mengesan pemilik salah sebuah motosikal yang ditinggalkan di lokasi kejadian. “Motosikal Yamaha RXZ dan Honda EX5 itu ditinggalkan suspek serta dua lagi rakannya selepas penduduk setempat cuba menangkap mereka. “Siasatan mendapati motosikal Yamaha RXZ adalah milik suspek manakala sebuah lagi didaftarkan di atas nama seorang wanita,” kata Willey. 

Beliau memberitahu, kejadian itu disedari penduduk sekitar yang melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan surau berkenaan, ekoran daripada itu, penduduk bertindak menyerbu namun tidak berjaya menangkap kumpulan suspek tersebut. Ujar beliau, pemeriksaan di kawasan sekitar menemukan kesan umpil pintu namun tiada 

kerugian dilaporkan. Tambahnya, suspek yang juga positif dadah direman selama dua hari bagi membantu siasatan manakala dua lagi rakannya masih diburu, kes disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.-Utusan Online 

No comments:

Post a Comment