Monday, 29 December 2014

Persekolahan Ditangguhkan

DUNGUN: Penangguhan selama seminggu permulaan sesi persekolahan 2015 di seluruh negeri tidak perlu diganti, kata

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, ia tidak perlu diganti kerana masih dalam tempoh yang bersesuai untuk persekolahan.

"Bukannya cuti persekolahan itu ditambah tetapi masalah tertentu yang kita terpaksa tangguhkan. Kita harap ini akan disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan di sekolah-sekolah," katanya pada sidang media selepas melawat dua pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Mentangau dan SK Kampung Nyior di sini.

Dengan penangguhan itu, tarikh baharu sesi permulaan persekolahan tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari (Ahad), manakala bagi negeri-negeri lain pada 12 Januari (Isnin).Turut bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, Roslina Ngah.

Sebelum ini, sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadual dibuka pada 4 Januari manakala bagi negeri-negeri lain adalah 5 Januari.Muhyiddin berkata, sehingga semalam, Kementerian Pendidikan mendapati 340 sekolah di tujuh negeri terjejas banjir atau menjadi Pusat Pemindahan Sementara."Banjir masih berlarutan, maka sebahagian sekolah tidak dapat digunakan. Malah ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak boleh pulang sekarang untuk mengajar.

"Justeru, atas dasar-dasar ini, kita putuskan untuk tangguhkan sementara pembukaan sesi persekolahan waktu ini bagi membantu keluarga untuk pemulihan dan buat persiapan," katanya.
Muhyiddin turut meminta Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah membuat taksiran mengenai kerugian harta benda dan kerosakan bangunan yang mungkin dialami berikutan bencana itu. - BH Online

Sunday, 28 December 2014

Malaysia Akan Bantu Indonesia Cari Pesawat AirAsia Yang Hilang – Najib

AirAsia

 Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata kerajaan Malaysia akan membantu Indonesia mencari pesawat AirAsia yang hilang.Saya tidak dapat banyak maklumat pada masa kini dan cuma sudah disahkan bahawa sebuah pesawat Air Asia hilang.

      Kerajaan akan bantu untuk mencari pesawat itu,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Tengku di sini, sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata demikian ketika mengulas insiden kehilangan pesawat AirAsia QZ 8501, yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pagi ini.Portal berita Detik.com melaporkan, pesawat berkenaan dikatakan hilang hubungan ketika melintasi Pulau Kalimantan.

   “Kami masih menyiasat perkara ini,” kata Pengurus Besar Angkasa Pura 1 Juanda, Trikora Hardjo.
Sementara itu, portal media Tempo melaporkan, pesawat QZ8501 dalam perjalanan ke Singapura itu, dijadualkan tiba di destinasinya pada jam 7.20 pagi, waktu Indonesia Barat (WIB). Pesawat jenis Airbus A320-200 itu membawa dua juruterbang, seorang juruteknik dan empat anak kapal, serta 155 penumpang yang terdiri daripada 138 penumpang dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Pesawat berkenaan diterbangkan Kapten Irianto.

   Menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia, 149 penumpang merupakan warganegara Indonesia, tiga warganegara Korea dan tiga lagi terdiri daripada seorang warganegara Malaysia, seorang Singapura dan seorang lagi rakyat Britain.Pesawat tersebut meninggalkan Lapangan Terbang Juanda di Surabaya pada jam 6.36 pagi (WIB) dan perjalanan ke Singapura mengambil masa 2 jam 20 minit.
Sementara itu kenyataan AirAsia (Indonesia) mengesahkan pesawat yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura, terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 7.24 pagi Ahad.

     Pada waktu ini, kami masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai status penumpang dan kru di dalam pesawat berkenaan tetapi kami akan memastikan semua pihak mendapat maklumat terkini,” kata kenyataan itu.Kenyataan itu berkata, buat masa ini juga operasi mencari dan menyelamat dilakukan dan AirAsia bekerjasama dalam membantu operasi berkenaan.

   Air Asia juga melancarkan Pusat Panggilan Kecemasan di talian +622129850801 untuk keluarga dan sahabat penumpang dan kru dalam pesawat berkenaan.Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya kini berhubung dengan Kawalan Trafik Udara (ATC) Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut.Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman dilaporkan akan berhubung dengan rakan sejawatnya untuk memastikan apa yang berlaku. - Suara TV

Tuesday, 23 December 2014

Fenomena ‘new moon’ burukkan keadaan banjir

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Fenomena ‘New Moon’ iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan bumi yang menyebabkan air pasang merupakan antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan Pantai Timur pada tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd Anip berkata, keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

“Meskipun hujan semakin reda dan tidak lagi lebat, namun air banjir dilihat sukar untuk surut disebabkan fenomena ‘new moon’ yang mana bulan berada dekat dengan bumi yang menyebabkan air pasang lebih tinggi daripada biasa.
“Selain itu, hujan yang tidak berhenti sebelumnya menyebabkan aliran sungai dari hulu ke kuala tidak sampai sehingga menyebabkan air sungai melimpah keluar sehingga menyebabkan banjir teruk,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu, akan berterusan sehingga awal Januari depan.“Namun keadaan cuaca dijangka bertambah baik pada hari ini hingga esok berikutan ramalan kami menunjukkan hujan hanya berlaku di satu atau dua tempat di negeri-negeri berkenaan,” katanya.

Dr. Mohd Hisham menjelaskan, musim Monsun Timur Laut yang membawa kepada hujan lebat terbahagi kepada tiga episod, iaitu episod pertama yang berlaku pada akhir bulan November, episod kedua pada 16 hingga 19 Disember diikuti dengan yang ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

“Walaupun cuaca dijangka baik pada dua hari tersebut, namun kami menjangkakan ada lagi episod keempat iaitu bermula pada 28 sehingga 31 Disember dan mungkin akan berterusan sehingga awal bulan Januari,” katanya.
Dr. Mohd. Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Dis ini di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

“Ketika musim Monsun Timur Laut, kawasan Pantai Timur dijangka mengalami empat hingga lima episod hujan lebat menyeluruh dan berterusan selama tiga hingga tujuh hari pada November hingga Januari 2015, serta kawasan barat Sarawak dan Sabah pada Januari hingga Mac 2015.

“Oleh itu, penduduk yang tinggal di kawasan tepi sungai dan rendah dinasihatkan supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk banjir,” katanya. - Bernama

Monday, 22 December 2014

Idris menang Presiden WAY

TIRANA, Albania 10 Dis. - Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menang tanpa bertanding jawatan Presiden Pertubuhan Belia Sedunia (WAY) bagi penggal 2014-2018 di sini semalam setelah pencabarnya dari Ghana terkeluar daripada persaingan.
Pertandingan dua penjuru yang dijangkakan antara Idris, 48, yang juga penyandang jawatan itu dengan lawannya tidak kesampaian setelah wakil Ghana itu disahkan tidak mematuhi syarat pertandingan yang ditetapkan oleh sekretariat jawatankuasa WAY. 

Wednesday, 3 December 2014

Nur Syafiqa reda

 MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa

 MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa samun Nur Shafiqa Lah ketika menyampaikan sumbangan di rumah mangsa di Seri Aman 3, di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – BERNAMA

 PASIR PUTEH 3 Dis. – Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.
“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya. -Bernama
MAS ERMIEYATI SAMSUDIN (kanan) bertanya sesuatu kepada mangsa samun Nur Shafiqa Lah ketika menyampaikan sumbangan di rumah mangsa di Seri Aman 3, di Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – BERNAMA
PASIR PUTEH 3 Dis. – Walaupun sukar menerima hakikat apabila melihat wajahnya kini mempunyai parut kekal, namun Nur Syafiqa Lah tetap reda menempuh dugaan tersebut.
Malah gadis berusia 22 tahun itu tetap bersyukur apabila tindakan nekadnya melawan penjenayah terbabit berjaya menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa rogol.
Sambil mengakui menderita dengan situasi yang menimpa, Nur Syafiqa berkata, demi menjaga kehormatan diri, dia terpaksa melawan penjenayah terbabit.
“Betapa sakit dan deritanya saya ketika itu apabila muka ditoreh dengan pisau oleh penjenayah itu. Muka saya ketika itu berlumuran darah.
“Bagaimanapun, kesakitan yang saya tempuh itu demi mempertahan maruah serta kesucian diri. Saya bersyukur kerana masih selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di kediamannya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman di sini hari ini.
Dalam kunjungan tersebut, Mas Ermieyati turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada mangsa selain memberi sokongan moral kepada gadis berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, seorang gadis menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan di sini.
Tambah Nur Syafiqa, keadaan wajah dan jari kiri serta kanannya masih berjahit dan kini dia fokus dengan mendapat rawatan susulan.
“Kejadian yang berlaku ini adalah detik hitam dalam hidup saya. Sehingga hari saya masih lagi trauma dan terbayang-terbayang saat-saat ketika berhadapan de-ngan penjenayah itu.
“Sukar untuk saya lupakan. Ia menjadi igauan ngeri dalam hidup saya. Pada masa ini saya perlu ketenangan dan ingin memulihkan kembali semangat,” katanya.
Sementara itu, Nur Syafiqa turut berharap penjenayah terbabit ditangkap dan dibawa segera ke muka pengadilan.
Katanya, hukuman berat perlu dikenakan kepada penjenayah terbabit sebelum wanita lain menjadi mangsa selepas ini.
“Saya minta suspek itu ditangkap segera oleh pihak polis. Hukuman yang berat perlu dikenakan sebagai pengadilan di atas kekejaman yang dilakukan terhadap saya dan ibu.” katanya.
Dalam pada itu, Nur Syafiqa mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah tampil memberikan sokongan dan bantuan termasuk kesediaan pihak Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang mahu menyediakan pakar pembedahan plastik bagi membantunya.
“Saya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan Puteri UMNO yang sanggup menyediakan sesi kaunseling dan HUSM pula menyediakan pakar rekonstruktif bagi membantu memulihkan muka saya,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/nur-syafiqa-reda-1.32405#sthash.okUtJM0I.dpuf

Wednesday, 26 November 2014

Akta Hasutan Dikekalkan

Akta Hasutan Dikekalkan dan diperkukuh demi menjaga toleransi antara agama, kaum & keharmonian.Akta tersebut akan masuk peruntukan lindungi kesucian agama Islam dan agama lain. Juga tindakan dikenakan sesiapa cuba hasut Sabah Sarawak keluar dari Malaysia. Keputusan  kekal Akta Hasutan ini dibuat setelah Najib mendengar maklumbalas dari TPM, pimpinan UMNO, usul UMNO² bahagian, NGO² dan lain²

Wednesday, 19 November 2014

Akta Hasutan 1948 perlu kekal

Musa Hassan

Musa Hassan

IPOH 19 Nov. – Akta Hasutan 1948 bukan sahaja perlu dikekalkan malahan ditambah baik untuk memantapkan lagi peranannya sebagai benteng terakhir menentang pihak yang semakin berani membuat kenyataan berbaur hasutan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, antara penambahbaikan yang boleh dilakukan termasuklah perkara-perkara yang menyentuh berkaitan Islam, kedudukan raja-raja Melayu serta mengenai usaha mengeluarkan mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Musa berpendapat, hukuman sedia ada iaitu penjara lima tahun juga perlu ditambah bagi mewujudkan rasa gerun kepada individu yang terlibat melakukan kesalahan berkenaan.

“Seperti sekarang, ramai orang bercakap tentang Sabah dan Sarawak mahu keluar (Malaysia), itu hasutan tapi perkara itu terus diperkatakan “Begitu juga pasal warga-negara, kita tidak boleh per-tikaikan warganegara mereka (bukan Melayu) kerana mereka telah menjadi warganegara.“Jadi, pada saya, kita memerlukan satu akta yang berkesan untuk mengekang perkara itu dari terus berlaku dan amat jelas akta ini masih relevan kerana ia menjaga keharmonian semua pihak dan perkara ini amat penting dalam menjadikan negara terus sejahtera dan aman,” katanya demikian selepas menghadiri program pemahaman mengenai akta tersebut anjuran Pergerakan Wanita UMNO Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Sekretariat Perundangan UMNO Malaysia, Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Presiden Penaja Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Sementara itu, Musa dalam ucapannya ketika menjadi panel dalam program itu berkata, kerajaan tidak perlu tunduk dengan desakan pihak tertentu sehingga sanggup mengubah undang-undang dengan sewenang-wenangnya.
Dalam konteks tersebut katanya, semua pihak boleh menjadikan pengalaman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang diganti akta baharu iaitu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) selain Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) sebagai contoh pada masa depan.

“Pada saya ia (Sosma) tidak cukup kuat kerana meskipun pihak berkuasa boleh menahan individu terlibat, namun mereka perlu memohon di mahkamah dan membuktikan perkara tersebut terlebih dahulu,” katanya. - Utusan Online 

Sunday, 16 November 2014

Nasib 12,000 Rohingya jadi tanda tanya

SITTWE 16 Nov. – Kira-kira 12,000 pelarian etnik Rohingya yang me­ninggalkan Myanmar dengan menaiki bot sepanjang bulan lalu, dilapor masih belum tiba ke destinasi, sekali gus meningkatkan kebimba­ngan ahli keluarga dan pertubuhan hak asasi manusia tentang nasib etnik minoriti itu yang dikhuatiri dihalang menghampiri kawasan pantai.

Menurut penyelaras Projek Arakan yang membela nasib etnik Rohingya di Myanmar, Chris Lewa, ribuan etnik itu, kebanyakannya pelarian dari negeri Rakhine, meninggalkan negara terbabit sejak 15 Oktober lalu dengan menggunakan laluan laut di Teluk Bengal.
Jelas Lewa, dalam tempoh sama, kira-kira 4,000 orang meninggalkan Bangladesh, termasuk etnik Rohingya, dipercayai menuju ke Malaysia, tetapi perlu menempuh perjalanan melalui Thailand.
Tambahnya, orang hanyut berdepan risiko yang tinggi apabila berada di Thailand kerana kumpulan penyeludup dan sindiket pedagang manusia akan menahan mereka di sebuah kem di dalam hutan yang bersempadan dengan Malaysia sehingga ahli keluarga membayar wang tebusan untuk dilepaskan.
“Kira-kira 460 orang hanyut ditemui dan ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada bulan ini, tetapi nasib beribu-ribu lagi pelarian tersebut tidak diketahui dan mereka tidak menghubungi ahli keluarga masing-masing.
“Kali terakhir kes seperti ini berlaku pada 2008 apabila beratus-ratus pela­rian Rohingya ditemui dalam keadaan lapar dan kekurangan air akibat terkandas di lautan dan dipercayai ramai lagi mangsa yang hilang di laut,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalaman Thailand (ISOC), Banpot Phunpian berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah tertentu bagi menghalang bot pelarian daripada menghampiri kawasan pantai negaranya.
Bagaimanapun katanya, beliau percaya beribu-ribu pelarian yang me­ninggalkan Myanmar pada bulan lepas disembunyikan atau bersembunyi di kawasan pulau dekat Thailand. – REUTERS

Monday, 10 November 2014

Ibu maut temani anak ke sekolah

ibu maut

ANGGOTA penyelamat memberikan bantuan kecemasan kepada Dayang C. Abdul Kadir yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam. Dayang bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan teruk di bahagian kepala. – Gambar IHSAN ORANG awam

KUALA TERENGGANU 10 Nov. – Setiap hari, Dayang C. Abdul Kadir akan berjalan sambil memimpin Muhammad Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, hingga ke pintu masuk Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang di sini, sebelum beredar bagi memastikan keselamatan anak bongsunya itu.

Itulah rutin setiap hari sejak anak-nya di tadika lagi. Namun kini Muhammad Izzuddin tidak lagi akan ditemani ibunya berusia 51 tahun itu kerana hari ini merupakan yang terakhir mereka bersama.
Genggaman tangan ibunya terlepas apabila Dayang dirempuh sebuah motosikal pukul 7.15 pagi ini ketika mereka cuba melintas jalan untuk sarapan di sebuah kedai yang terletak bertentang-an dengan sekolah.

Muhammad Izuddin hanya tergamam dan terpaku melihat kejadian yang meragut nyawa ibunya sehingga trauma dan enggan bercakap dengan sesiapa.
Menurut salah seorang anak mang-sa, Siti Syazwani, 18, yang turut bersama ibu dan adiknya ketika itu, kemalangan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka bertiga mahu melintas dalam keadaan jalan yang agak sesak.

“Ketika itu mak sedang pimpin ta-ngan adik, saya dengar mak cakap nak pimpin tangan saya, tetapi tidak sempat ketika berada di tengah-tengah jalan, sebuah motosikal tiba-tiba me-langgar mak hingga tercampak,” kata-nya ketika ditemui di sini hari ini.

Berikutan itu, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak di jalan menyebabkan kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian sementara penunggang motosikal yang dikatakan pelajar tingkat empat yang menuju ke Sekolah Menengah Tengku Bariah, hanya cedera ringan.
“Kami tujuh beradik, hanya Nazmi yang mak hantar ke sekolah dari tadika hingga kini. Kebiasaannya, mak memang bawa dia makan dahulu di kedai itu sebelum masuk ke sekolah,” ujarnya.

Menurut Siti Syazwani, bunyi rempuhan itu turut mengejutkan bapanya, Ibrahim Muda, 54, seorang tukang rumah yang ketika itu berada di rumah ibu saudara mereka yang terletak kurang 200 meter dari sekolah tersebut.

Katanya, sejurus selepas keluar dari rumah mereka di Binjai Rendah pada pukul 6.45 pagi dengan kereta, bapa-nya menurunkan mereka bertiga di tepi jalan tidak jauh dari sekolah itu.
“Dahulunya kami tinggal di sini (Pasir Panjang) namun sejak dua tahun lalu kami pindah ke kawasan rumah murah Binjai Rendah Marang. Adik terus bersekolah di sini dan emak pula bekerja sebagai pembantu kedai di sini,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah, Assisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Sumber -Utusan Online

MH17: Putin bantu Malaysia masuk lokasi nahas

DATUK Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Vladimir Putin

DATUK Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Vladimir Putin ketika menghadiri pertemuan dua hala bersama Presiden Russia itu sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China semalam. - BERNAMA

BEIJING 11 Nov. - Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan persetujuan membantu Malaysia dalam usaha membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, perkara itu dinyatakan oleh Putin dalam pertemuan dan perbincangan dua hala mereka yang diatur atas permintaan Presiden Rusia itu di sini petang semalam.

“Beliau sanggup berbuat demikian dan beliau juga mahu supaya dikenal pasti dan diketahui siapa yang melakukan perkara tersebut.

“Saya juga tegaskan, selagi kita belum dapat jawapan, Malaysia akan teruskan usaha ini demi mendapatkan satu kesimpulan dan memberi kepuasan kepada keluarga yang terlibat dalam nahas atau tragedi MH17 ini,” katanya.

Pada September lalu, Kiev tidak dapat memberi jaminan keselamatan untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk dalam pertemuan dengan Najib di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York.

Yatsenyuk memaklumkan, tembakan dan letupan masih berterusan di timur Ukraine walaupun perjanjian gencatan senjata dengan pasukan pemisah dilaksanakan.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyatakan kebimbangan mengenai mayat-mayat penumpang dan anak kapal MH17 yang masih belum dituntut di lokasi nahas serta bukti-bukti forensik.

Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.
Sumber  - UTUSAN ONLINE

DATUK Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Vladimir Putin ketika menghadiri pertemuan dua hala bersama Presiden Russia itu sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China semalam. - BERNAMA
BEIJING 11 Nov. - Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan persetujuan membantu Malaysia dalam usaha membolehkan pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada Julai lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, perkara itu dinyatakan oleh Putin dalam pertemuan dan perbincangan dua hala mereka yang diatur atas permintaan Presiden Rusia itu di sini petang semalam.
“Beliau sanggup berbuat demikian dan beliau juga mahu supaya dikenal pasti dan diketahui siapa yang melakukan perkara tersebut.
“Saya juga tegaskan, selagi kita belum dapat jawapan, Malaysia akan teruskan usaha ini demi mendapatkan satu kesimpulan dan memberi kepuasan kepada keluarga yang terlibat dalam nahas atau tragedi MH17 ini,” katanya.
Pada September lalu, Kiev tidak dapat memberi jaminan keselamatan untuk pasukan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas pesawat MH17. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk dalam pertemuan dengan Najib di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York.

Yatsenyuk memaklumkan, tembakan dan letupan masih berterusan di timur Ukraine walaupun perjanjian gencatan senjata dengan pasukan pemisah dilaksanakan.

Sebelum ini, Perdana Menteri menyatakan kebimbangan mengenai mayat-mayat penumpang dan anak kapal MH17 yang masih belum dituntut di lokasi nahas serta bukti-bukti forensik.

Penerbangan MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mh17-putin-bantu-malaysia-masuk-lokasi-nahas-1.23375#sthash.M5R9rih6.dpuf
DATUK Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Vladimir Putin DATUK Seri Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Vladimir Putin ketika menghadiri pertemuan dua hala bersama Presiden Russia itu sempena Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Beijing, China semalam. - BERNAMA