ANGGOTA penyelamat
memberikan bantuan kecemasan kepada Dayang C. Abdul Kadir yang terlibat dalam
kemalangan di Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu, semalam. Dayang
bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan teruk di
bahagian kepala. – Gambar IHSAN ORANG awam
KUALA TERENGGANU 10 Nov. –
Setiap hari, Dayang C. Abdul Kadir akan berjalan sambil memimpin Muhammad
Izzuddin Nazmi Ibrahim, 12, hingga ke pintu masuk Sekolah Kebangsaan Pasir
Panjang di sini, sebelum beredar bagi memastikan keselamatan anak bongsunya
itu.
Itulah rutin setiap hari
sejak anak-nya di tadika lagi. Namun kini Muhammad Izzuddin tidak lagi akan
ditemani ibunya berusia 51 tahun itu kerana hari ini merupakan yang terakhir
mereka bersama.
Genggaman tangan ibunya
terlepas apabila Dayang dirempuh sebuah motosikal pukul 7.15 pagi ini ketika
mereka cuba melintas jalan untuk sarapan di sebuah kedai yang terletak
bertentang-an dengan sekolah.
Muhammad Izuddin hanya
tergamam dan terpaku melihat kejadian yang meragut nyawa ibunya sehingga trauma
dan enggan bercakap dengan sesiapa.
Menurut salah seorang anak
mang-sa, Siti Syazwani, 18, yang turut bersama ibu dan adiknya ketika itu,
kemalangan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka bertiga mahu melintas dalam
keadaan jalan yang agak sesak.
“Ketika itu mak sedang
pimpin ta-ngan adik, saya dengar mak cakap nak pimpin tangan saya, tetapi tidak
sempat ketika berada di tengah-tengah jalan, sebuah motosikal tiba-tiba
me-langgar mak hingga tercampak,” kata-nya ketika ditemui di sini hari ini.
Berikutan itu, mangsa
terjatuh dan kepalanya terhentak di jalan menyebabkan kecederaan parah di
bahagian kepala dan meninggal di tempat kejadian sementara penunggang motosikal
yang dikatakan pelajar tingkat empat yang menuju ke Sekolah Menengah Tengku Bariah,
hanya cedera ringan.
“Kami tujuh beradik, hanya
Nazmi yang mak hantar ke sekolah dari tadika hingga kini. Kebiasaannya, mak
memang bawa dia makan dahulu di kedai itu sebelum masuk ke sekolah,” ujarnya.
Menurut Siti Syazwani,
bunyi rempuhan itu turut mengejutkan bapanya, Ibrahim Muda, 54, seorang tukang
rumah yang ketika itu berada di rumah ibu saudara mereka yang terletak kurang
200 meter dari sekolah tersebut.
Katanya, sejurus selepas
keluar dari rumah mereka di Binjai Rendah pada pukul 6.45 pagi dengan kereta,
bapa-nya menurunkan mereka bertiga di tepi jalan tidak jauh dari sekolah itu.
“Dahulunya kami tinggal di
sini (Pasir Panjang) namun sejak dua tahun lalu kami pindah ke kawasan rumah
murah Binjai Rendah Marang. Adik terus bersekolah di sini dan emak pula bekerja
sebagai pembantu kedai di sini,” ujarnya.
Sementara itu Ketua Polis
Daerah, Assisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan
kejadian itu.
Katanya, kes disiasat
mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan
kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.
Sumber -Utusan Online
No comments:
Post a Comment