VANCOUVER 6 Mei - Seorang pendaki Kanada dilaporkan berjaya merakam kelibat makhluk yang dipercayai seekor bigfoot, berjalan di kawasan pergunungan berhampiran Squamish, British Columbia, dua tahun lalu.
Laman web Mail Online melaporkan, pendaki tersebut Myles Lamont mendakwa dia berjaya merakam makhluk berkenaan ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Tantalus Range, utara Vancouver, sebelum memuat naiknya ke laman sosial YouTube.
Sehingga kini, video yang dirakam daripada jarak 2.1 kilometer itu sudah dilihat lebih 260,000 orang.
Saya yakin terdapat bigfoot di kawasan pergunungan itu, saya dapat melihatnya dengan jelas, bagaimana makhluk tersebut bergerak di tengah-tengah kawasan bersalji.
Makhluk itu mempunyai sepasang kaki, tidak memakai kasut dan tidak membawa beg galas," jelas Lamont.
Tambah Lamont, berjalan di atas permukaan salji yang lembut tanpa menggunakan kasut dan dapat bergerak dengan pantas, merupakan satu perkara yang sukar dilakukan tanpa bantuan peralatan yang sesuai.
Dalam video itu kita dapat lihat makhluk tersebut mendaki kawasan curam sepanjang 300 meter, dan tanpa peralatan mendaki mustahil untuk manusia melakukannya dalam masa yang singkat," ujarnya.
Lamont turut menolak sebarang kemungkinan bahawa makhluk yang berjaya dirakamnya itu adalah seekor beruang atau binatang liar lain. -Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment