Tuesday, 29 April 2014

Obama iktiraf kepemimpinan Najib

PRESIDEN Barack Obama dan isteri, Michelle Obama bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii, AS pada 2011. - BERNAMA
Kuala Lumpur 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-36, Lyndon B. Johnson ketika melawat Malaysia pada 30 Oktober 1966 iaitu 48 tahun lalu, memuji negara ini yang ketika itu masih ‘muda’ sebagai nadi geopolitik di Asia Tenggara.
Pujian itu dilemparkan B. Johnson kerana pada tahun 1951, Malaysia merupakan sebuah negara penuh konflik tetapi kemudian dalam masa singkat berjaya muncul sebagai negara yang harmoni dan membangun.
Semalam sekali lagi sejarah serupa berulang apabila tepat pukul 4.50 petang, Presiden AS ke-44, Barack Obama pula mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk membincangkan isu dua hala dan serantau.
Kunjungan bersejarah selama tiga hari itu merupakan sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara Asia yang turut merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Lawatan tersebut disifatkan petanda bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat kepada sebuah perkongsian lebih komprehensif sebagaimana ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak terkecuali, kesudian Obama ke Malaysia juga pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib yang kembali mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu selain manifestasi keyakinan White House terhadap kestabilan politik di negara ini.
Ia terbukti apabila Obama secara terbuka ketika sidang akhbar bersama Najib di Putrajaya, mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai penambahbaikan serta tranformasi politik di Malaysia.
Ini kerana selepas melalui zaman hubungan dua hala kurang memberangsangkan semasa di era Tun Dr. Mahathir Mohamad, penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa pendekatan berbeza sebelum jalinan itu dikukuhkan Najib.
Malah, komitmen Obama itu ditunjuk lebih awal apabila AS sudi menghantar 300 tenaga pengajar lepasan ijazahnya ke Malaysia dalam misi membantu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar menerusi program Fulbright.
Kedua-dua negara seterusnya memperoleh banyak perkemba­ngan positif khususnya di zaman Najib-Obama, terutamanya peningkatan dalam pertukaran lawatan peringkat tertinggi serta hubungan lebih kukuh dalam bidang ketenteraan dan ekonomi.
Paling ketara, jaminan Obama bahawa negara kuasa dunia itu akan sedaya upaya menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk di segi aset dan kepakaran bagi membantu Malaysia mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Hakikatnya, sejak lawatan B. Johnson pada tahun 60-an, hubungan Malaysia-AS telah melalui pelbagai fasa transformasi di segi perspektif ekonomi dan diplomatik.-Utusan Malaysia 


Monday, 28 April 2014

Pesawat Ringan Terhempas Di Kota Bharu
















KOTA BHARU: Sebuah pesawat ringan yang sedang menjalani latihan terhempas di Taman Kurnia Jaya, di sini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah.

Berikutan nahas jam 12.45 tengahari itu, juruterbang berusia 20 tahun itu tersepit hampir 30 minit sebelum dikeluarkan pihak bomba.


Difahamkan, mangsa mengendalikan pesawat jenis Piper Worrior 2 seorang diri sebelum hilang kawalan dan terhempas.

Mangsa yang berasal dari Kampung Pandan, Selangor dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab 11.-BH-

Thursday, 24 April 2014

Penipuan Skype Hampir Musnahkan Kerjaya Amin Idris


Kuala Lumpur: “Patutlah sepanjang 10 minit perbualan kami melalui Skype, lelaki itu minta saya melakukan beberapa pergerakan badan. Rupa-rupanya dia rakam dan gunakannya untuk buat tiga video pendek yang mengaibkan saya.

“Dia ugut akan musnahkan kerjaya dan masa depan saya dengan sebarkan video itu jika saya tidak mengirimkan wang RM20,000 kepadanya,” kata penyampai stesen televisyen Al-Hijrah, Amin Idris.


Amin, 33, berkata, kejadian itu berlaku pada hujung Mac lalu apabila dia menerima pesanan daripada pemilik akaun Facebook (FB) dengan nama Stevan Cruz ketika melayari laman sosial itu di rumahnya.

Menurutnya, Stevan memperkenalkan diri sebagai pegawai jabatan sumber manusia yang dilantik beberapa pengurusan kilang di Filipina dan ingin menjemputnya ke sana bagi menyampaikan ceramah motivasi kepada pekerja kilang.


“Dia kemudian mengajak saya beralih kepada Skype kerana lebih mudah untuk berbincang melalui video dan tanpa mengesyaki apa-apa saya membuka akaun Skype semata-mata mahu memenuhi pelawaannya itu.


Metro

Monday, 21 April 2014

Siasat segala kemungkinan - Hishammuddin



SEPANG 21 April - Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat segera sebarang kemungkinan termasuk berlakunya unsur sabotaj dalam kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu melibatkan MH192 yang terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke Bangalore, India, awal pagi ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu perlu dilihat dari pelbagai sudut termasuk segala kemungkinan yang timbul berhubung kejadian yang menimpa MAS termasuklah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing, China.
"Biarpun MAS di bawah Khazanah Nasional, namun pihak kami mahukan satu laporan lengkap disediakan secepat mungkin. Ini kerana sudah banyak insiden menimpa MAS termasuk kes kehilangan MH370 dan laporan itu perlu diserahkan kepada kementerian ini dan Kabinet pada Rabu ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi ini selepas menemui krew dan penumpang pesawat MH192.
Yang turut hadir, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.
Hishammuddin memuji kecekapan juruterbang MH192, Nor Adam Azmi Abdul Razak, melaksanakan tugasnya dengan profesional dalam memastikan kesemua 166 penumpang dan anak kapal selamat, semasa mendarat cemas.
"Walaupun keletihan, para penumpang sempat meluahkan rasa kagum mereka terhadap kecekapan juruterbang sehingga berjaya mendaratkan pesawat dan kesemua penumpang terselamat. Perkara ini diluahkan semasa saya berjumpa dengan mereka dan mereka amat berterima kasih kepada juruterbang pesawat itu,’’ katanya.
Nor Adam Azmi dan pembantu juruterbang, Prakash Kumar bagaimanapun enggan ditemu bual pemberita dan meninggalkan tempat itu bersama Hishammuddin.
Nor Adam dilihat tersenyum ketika Hishammuddin memakaikan topi juruterbang ke kepalanya sebagai tanda penghargaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat segala kemungkinan termasuk unsur sabotaj seperti yang dimahukan oleh Hishammuddin.
"Kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyiasat perkara ini," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Interpa di Kuala Lumpur, hari ini.

Sumber-Utusan 

Thursday, 17 April 2014

Bom Meletup - Tangan hancur berkecai


April 17, 2014
SERI KEMBANGAN – “Saya dengar dia jerit minta tolong sambil berdiri memegang tangan kanannya yang hancur berkecai,” kata jiran kepada seorang lelaki yang parah akibat terkena letupan bom dipercayai buatan sendiri, pagi tadi.
Norsiah Othman, 52 berkata, sebelum itu kira-kira jam 5.30 pagi dia terdengar bunyi letupan kuat lantas mengejutkan suaminya untuk melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia terlihat kepulan asap di rumah jiran terletak kira-kira 100 meter dari jarak rumahnya.
Bimbang sesuatu yang buruk, Norsiah bersama suami, Syed Badrul Hisham Syed Abdullah, 53, bergegas keluar rumah dan terus menuju ke arah kepulan asap tersebut.
Dia pada mulanya menyangka bunyi kuat itu adalah letupan tong gas namun sangkaan meleset apabila melihat seorang lelaki tersandar di sebuah kereta dengan keadaan berlumuran darah.
Lelaki yang hanya berseluar pendek dan cedera di beberapa bahagian tubuh badan itu meminta pertolongannya sebelum dia segera mengambil tuala dan membalut tangan kanan mangsa yang sudah terkulai.
“Mangsa dalam keadaan sedar… dia sempat beritahu bungkusan plastik disangka sampah yang ditemui atas bonet keretanya tiba-tiba meletup, sisa tin dan botol minuman dipercayai berada dalam bungkusan turut bertaburan di atas lantai,” katanya.
Norsiah berkata, dia kemudian menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan lanjut.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, lapor Sinar Harian.

Sunday, 13 April 2014

Bayi Pakistan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh polis


Musa Khan, sembilan bulan meminum susu botol sambil didukung datuknya, Muhammad Yasin ketika mereka meninggalkan mahkamah selepas hakim menggugurkan dakwaan membunuh terhadapnya di sebuah mahkamah di Lahore, semalam. - REUTERS

LAHORE 12 April - Sebuah mahkamah Pakistan hari ini menggugurkan dakwaan cubaan membunuh ke atas seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dalam satu kes yang menarik perhatian dunia tentang sistem kehakiman negara ini.

Bayi itu, Musa Khan, hadir di mahkamah di sini bersama datuknya sambil meminum sebotol susu.
“Polis memaklumkan kepada mahkamah bahawa dakwaan terhadap Musa dalam kes menyerang polis dan pegawai syarikat gas adalah satu kesilapan," kata peguam bela, Irfan Sadiq.
Awal bulan lalu, bayi itu bersama lebih 30 defendan lain termasuk 12 ahli keluarganya dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan cuba membunuh seorang pegawai polis dalam satu pergaduhan di kawasan perumahan di timur bandar ini.

Kejadian itu berlaku apabila sekumpulan anggota polis dan pegawai syarikat gas bertengkar dengan kesemua defendan berhubung pembayaran bil gas yang masih tertunggak.
Datuk bayi itu, Muhammad Yasin sebelum ini pernah berkata, Musa terlalu kecil untuk didakwa.
“Dia masih tidak dapat memegang botol susu dengan betul, bagaimana dia boleh melontar sebutir batu? katanya kepada sekumpulan wartawan.

Pegawai polis, Inspektor Kashif Muhammad yang berada di lokasi ketika kejadian itu berlaku dan memfailkan pertuduhan ke atas bayi tersebut juga telah digantung tugas.

Keputusan mahkamah itu dibuat selepas pertuduhan tersebut dilihat sama sekali bercanggah dengan had umur minimum bagi sabitan jenayah iaitu dari umur tujuh dan 12 tahun melainkan bagi kes keganasan.
Bagaimanapun, semua defendan lain termasuk ahli keluarga Musa masih berdepan pertuduhan sama.
Kes bayi itu menarik perhatian apabila Musa dirakam menangis di mahkamah awal bulan ini ketika cap jarinya diambil. - AFP/REUTERS


-Utusan Malaysia 

Thursday, 10 April 2014

Tebusan RM36.4 Juta Untuk Mangsa Culik Di Sabah



 KUALA LUMPUR: Penculik dua orang wanita di Resort Singa mata, Semporna, Sabah, 
 telah menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan tebusan.
 Menurut laporan The Star, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata
 pihaknya telah menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut mengenai tuntutan wang 
 tebusan itu.Namun, Ahmad Zahid telah berkata wang tebusan itu hanyalah untuk
 salah seorang wanita yang diculik, iaitu pelajar dari China, Gao Hua Yuan, 29.Seorang 
 wanita Filipina Marcy Dayawan, 40,  yang merupakan pekerja Resort itu turut diculik di 
 dalam kejadian malang itu. Ahmad Zahid  berkata pihaknya telah menghantar satu pasukan 
 untuk berunding dengan ‘orang tengah’ yang terbabit dengan perkara itu.Pada 2 April, tujuh lelaki telah
 menyerbu Resort itu sebelum menculik dua wanita itu.Tiga dari suspek tersebut – seorang 
 daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain 
 menanti di dalam bot.Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di 
 sebuah bilik supaya mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkaketakutan,
 pekerja tersebutelah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh 
 penjenayah tersebut.Mereka kemudian telah membawa lari kedua wanita itu.Ekoran itu, pihak polis
 telah menahan empat orang untuk disoal siasat dan membantu penyiasatan.Semporna adalah 
 sebuah bandar di pantai timur Sabah,yang dilindungi di bawahTimur Zon Keselamatan Sabah 
 ( ESSZONE ) yang ditubuhkan berikutapencerobohan Lahad Datu oleh lelaki bersenjata Sulu pad
 Februari tahun lepas .




Awani




SU DAN PERLAKSANAAN CUKAI BARANGAN DAN PERKHIDMATAN (GST)



Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST telah diumumkan pada pembentangan bajet 2005 oleh Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Awalnya ia dicadang untuk dikuatkuasakan bermula 1 hb Januari 2007. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan, Bajet 2005 mencadangkan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.

GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran. GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan. Dalam sebuah reaksi seorang pensyarah perakaunan dari UiTM berpendapat GST tidak membebankan dan akan menambahkan hasil negara.
Pada 29 November 2009 Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dalam kenyataannya telah mendakwa kerajaan akan memperoleh pendapatan cukai tahunan sebanyak RM 1 bilion dari GST. Beliau berkata sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST. Dalam Asean hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individual.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5%, Thailand 7%, Indonesia 10% (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10%. GST dijangka dilaksanakan 18 bulan selepas bacaan kedua rang undang-undang pada Mac tahun depan (2010). Ini bermakna cukai itu akan berkuat kuasa sekitar Ogos atau September 2011.
Apa itu GST?

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.


Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.


GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.


GST adalah cukai penggunaan dan ia berasaskan konsep nilai ditambah. GST dikutip daripada pelanggan untuk pihak kerajaan oleh organisasi perniagaan yang berdaftar dengan pihak berkuasa cukai. Lazimnya, pembekal atau penjual boleh mendaftar untuk mengutip GST jika jumlah jualan tahunan bagi produk atau perkhidmatan yang dibekal melebihi jumlah tertentu yang ditetapkan.


GST diambil kira dalam setiap tahap urus niaga. Jumlah jualan barangan dan perkhidmatan (dikenali juga sebagai bekalan) merupakan jumlah nilai yang diterima oleh organisasi perniagaan (tidak termasuk GST) ke atas semua aktiviti yang dicukai.


Aktiviti yang dicukai merangkumi aktiviti yang dijalankan secara berterusan. Organisasi perniagaan yang berkenaan hendaklah membekal (atau bersetuju untuk membekal) barangan atau perkhidmatan kepada pengguna sama ada untuk tujuan mendapat untung atau tujuan lain seperti aktiviti perdagangan, pembuatan, kerjaya, persatuan atau kelab.


Harga bekalan yang dijual ditetapkan selepas mengambil kira GST. Organisasi perniagaan juga boleh menuntut kredit cukai bagi setiap GST yang telah dimasuk kira dalam bekalan yang dibeli untuk tujuan mengendalikan perniagaan. Kredit cukai ini dikenali sebagai “kredit cukai input”.


Bekalan yang dikecualikan cukai

Bagaimanapun, barangan atau perkhidmatan yang merupakan keperluan asas tidak dikenakan cukai. Di Australia, umpamanya, barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan cukai termasuk barangan makanan asasi (kecuali makanan tersedia, makanan bawa-balik, snek, alkohol dan minuman ringan), perkhidmatan kesihatan, ubat-ubatan, pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, utiliti, barangan tertentu yang dibekalkan oleh pertubuhan amal dan agama, dan barangan dan perkhidmatan yang dieksport.


Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya. Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi. GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi. Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST.


Ada yang mengsyaratkan jika diuruskan dengan baik dengan kerjasama pelbagai pihak, GST mampu meningkatkan hasil negara melalui peningkatan kadar pematuhan cukai. Di samping itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap perniagaan menyimpan rekod kewangan dengan lebih sempurna. Walaupun pelaksanaan sistem GST dianggap mencabar, tempoh yang selesa sebelum pelaksanaanya membolehkan setiap lapisan masyarakat diberi pengetahuan mengenainya.            

Wednesday, 9 April 2014

Kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas


Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) bersama Penasihat Sosio Budaya kepada Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim ( dua kiri) pada Pembukaan Sesi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN bertemakan Building an ASEAN Identity Through Promoting an ASEAN Mindset di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AZLIZA HAILANI

KUALA LUMPUR 9 April - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kemasukan pelancong China ke Malaysia terjejas ekoran kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Beliau berkata, setakat ini kebanyakan pelancong China telah membatalkan lawatan mereka ke Malaysia, malah tiada 'tempahan penerbangan' direkod bagi penerbangan dari China ke Malaysia.
Justeru Nazri berkata, pihaknya akan menangguh segala bentuk promosi dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di China bagi menghormati sensitiviti rakyat negara itu berikutan majoriti penumpang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas adalah warga China.
“Semuanya baik (kedatangan pelancong China) bagi Januari hingga Februari, tetapi sudah tentu insiden MH370 pasti menjejaskan pelancongan, namun apa yang penting adalah kami bersimpati kepada keluarga penumpang MH370 dan persoalan sama ada kami nak teruskan kempen di negara China tidak berbangkit, ketika ini ditangguhkan, saya fikir kita perlu hormat isu sensitif.
“... selagi tidak berpenghujung (insiden) MH370 ini, saya tidak fikir kesesuaian untuk kita meneruskan kempen di negara China," katanya dalam sidang media sebelum membuka Sesi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN di sini, hari ini.
Namun beliau tidak menyalahkan mana-mana pihak mengenai perkara itu dan menasihati orang ramai memahami situasi yang dihadapi rakyat China.
“Bagi saya ini reaksi semula jadi...kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana bukan secara semula jadi rakyat negara China anti kita (Malaysia), kerana insiden MH370 adalah satu perkara yang abnormal," kata Nazri.
Sementara itu, katanya beliau akan melawat Kedutaan China di sini esok untuk bertemu Duta Besar China di Malaysia, Dr. Huang Huikang.
Katanya ia sebagai tanda penghormatan beliau kepada nasib rakyat China dalam insiden MH370.
Pelancong dari China merupakan penyumbang ketiga terbesar selepas Singapura dan Indonesia dengan rekod 1.6 juta orang tahun lepas.
Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kerajaan menyasarkan 28 juta pelancong melawat Malaysia.
 - BERNAMA



Wednesday, 2 April 2014

China tak pernah salahkan Malaysia


Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
HUANG HUIKANG
KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan China tidak pernah menuding jari mahupun menyalahkan Malaysia atas insiden kehilangan pesawat MH370 dan menghargai segala usaha yang dilakukan untuk mencari pesawat tersebut.
Malah, menurut Duta China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang, hubungan dua hala dan jalinan kerjasama antara negara itu dan Malaysia tidak akan terjejas berikutan kejadian itu, sebaliknya yakin hubungan sedia ada akan lebih erat pada masa hadapan.
Beliau turut memuji kerajaan Malaysia yang tidak pernah berputus asa dan berkerja keras untuk mencari pesawat itu walaupun mendapat pelbagai kritikan sejak hari pertama lagi.
“Kami (kerajaan) tidak pernah sekalipun marah kepada Malaysia atau mahu memboikot apa-apa. Malaysia dan China seperti keluarga, negara jiran yang begitu akrab. Mengapa mahu salahkan Malaysia sedangkan insiden ini adalah suatu bencana.
“Kami sangat terhutang budi dan menghargai semangat serta dedikasi ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini, kami langsung tidak marah malah akan terus bekerjasama dalam apa jua perkara termasuk misi pencarian MH370 ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar khas berhubung pendirian negara itu terhadap kehilangan pesawat MH370 di Kedutaan China di sini hari ini.
Menurut Huikang, kemarahan segelintir rakyat di negara itu berikutan pelbagai spekulasi mengenai kejadian tersebut menyebabkan mereka keliru dan tidak sabar untuk mengetahui nasib yang menimpa orang tersayang.
“Perasaan itu adalah normal, mereka juga manusia biasa. Sudah tentu mereka mahu tahu apa yang terjadi. Mereka tentunya tidak senang duduk memikirkan kesudahan yang menimpa orang tersayang.
“Kerajaan China juga komited dan berusaha sedaya upaya bagi memastikan misi pencarian pesawat dan jawapan kepada pelbagai persoalan berhubung insiden ini terjawab. Sehingga itu, kami juga tidak senang duduk. Ini bukanlah misi pencarian yang mudah," ujarnya.
Beliau berkata, ramai ahli keluarga penumpang China masih berharap orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas.
Menurut Huikang, adalah tidak adil untuk meletakkan beban di bahu kerajaan Malaysia sahaja justeru beliau meminta semua pihak tidak terus membuat kesimpulan sendiri.
Beliau juga meminta supaya semua pihak cuba untuk memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan 'berakhir' bagi menjelaskan nasib yang menimpa pesawat MH370.
“Kenyataan beliau boleh memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud kehilangan, ada yang memahaminya sebagai terhempas dan ada yang mentafsir tidak ada yang selamat.
“Saya faham Najib berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang maksud yang ‘menyakitkan’ anggota keluarga penumpang yang masih berharap ahli keluarga mereka akan pulang," katanya. -Utusan Malaysia