KUALA LUMPUR: Penculik dua orang wanita di Resort Singa mata, Semporna, Sabah,
telah menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta untuk membebaskan tebusan.
Menurut laporan The Star, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata
pihaknya telah menerima nota daripada kumpulan penculik tersebut mengenai tuntutan wang
tebusan itu.Namun, Ahmad Zahid telah berkata wang tebusan itu hanyalah untuk
salah seorang wanita yang diculik, iaitu pelajar dari China, Gao Hua Yuan, 29.Seorang
wanita Filipina Marcy Dayawan, 40, yang merupakan pekerja Resort itu turut diculik di
dalam kejadian malang itu. Ahmad Zahid berkata pihaknya telah menghantar satu pasukan
untuk berunding dengan ‘orang tengah’ yang terbabit dengan perkara itu.Pada 2 April, tujuh lelaki telah
menyerbu Resort itu sebelum menculik dua wanita itu.Tiga dari suspek tersebut – seorang
daripadanya mengenakan topeng muka telah naik ke resort tersebut manakala empat yang lain
menanti di dalam bot.Suspek mengarahkan seorang pekerja di situ yang sedang menonton TV di
sebuah bilik supaya mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa namun disebabkan ketakutan,
pekerja tersebut telah bertindak terjun ke dalam laut demi mengelakkan diri dari diapa-apakan oleh
penjenayah tersebut.Mereka kemudian telah membawa lari kedua wanita itu.Ekoran itu, pihak polis
telah menahan empat orang untuk disoal siasat dan membantu penyiasatan.Semporna adalah
sebuah bandar di pantai timur Sabah,yang dilindungi di bawahTimur Zon Keselamatan Sabah
( ESSZONE ) yang ditubuhkan berikutan pencerobohan Lahad Datu oleh lelaki bersenjata Sulu pada
Februari tahun lepas .

Awani
No comments:
Post a Comment