Tuesday, 29 April 2014

Obama iktiraf kepemimpinan Najib

PRESIDEN Barack Obama dan isteri, Michelle Obama bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Honolulu, Hawaii, AS pada 2011. - BERNAMA
Kuala Lumpur 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-36, Lyndon B. Johnson ketika melawat Malaysia pada 30 Oktober 1966 iaitu 48 tahun lalu, memuji negara ini yang ketika itu masih ‘muda’ sebagai nadi geopolitik di Asia Tenggara.
Pujian itu dilemparkan B. Johnson kerana pada tahun 1951, Malaysia merupakan sebuah negara penuh konflik tetapi kemudian dalam masa singkat berjaya muncul sebagai negara yang harmoni dan membangun.
Semalam sekali lagi sejarah serupa berulang apabila tepat pukul 4.50 petang, Presiden AS ke-44, Barack Obama pula mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang untuk membincangkan isu dua hala dan serantau.
Kunjungan bersejarah selama tiga hari itu merupakan sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara Asia yang turut merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Filipina.
Lawatan tersebut disifatkan petanda bermulanya peningkatan hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat kepada sebuah perkongsian lebih komprehensif sebagaimana ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tidak terkecuali, kesudian Obama ke Malaysia juga pengiktirafan terhadap kepimpinan Najib yang kembali mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu selain manifestasi keyakinan White House terhadap kestabilan politik di negara ini.
Ia terbukti apabila Obama secara terbuka ketika sidang akhbar bersama Najib di Putrajaya, mengiktiraf komitmen yang ditunjukkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai penambahbaikan serta tranformasi politik di Malaysia.
Ini kerana selepas melalui zaman hubungan dua hala kurang memberangsangkan semasa di era Tun Dr. Mahathir Mohamad, penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi membawa pendekatan berbeza sebelum jalinan itu dikukuhkan Najib.
Malah, komitmen Obama itu ditunjuk lebih awal apabila AS sudi menghantar 300 tenaga pengajar lepasan ijazahnya ke Malaysia dalam misi membantu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar menerusi program Fulbright.
Kedua-dua negara seterusnya memperoleh banyak perkemba­ngan positif khususnya di zaman Najib-Obama, terutamanya peningkatan dalam pertukaran lawatan peringkat tertinggi serta hubungan lebih kukuh dalam bidang ketenteraan dan ekonomi.
Paling ketara, jaminan Obama bahawa negara kuasa dunia itu akan sedaya upaya menyalurkan segala bentuk bantuan termasuk di segi aset dan kepakaran bagi membantu Malaysia mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Hakikatnya, sejak lawatan B. Johnson pada tahun 60-an, hubungan Malaysia-AS telah melalui pelbagai fasa transformasi di segi perspektif ekonomi dan diplomatik.-Utusan Malaysia 


No comments:

Post a Comment