Monday, 28 September 2015

Taufan 'Dujuan' Penyumbang Jerebu Merentas Sempadan - Wan Junaidi

KUALA LUMPUR: Jerebu merentas sempadan dari kawasan-kawasan kebakaran yang semakin meluas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu kembali melanda negara ini.Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kawasan yang teruk terjejas adalah di beberapa negeri di Pantai Barat Semenanjung, khususnya di Lembah Klang, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sarawak.

Beliau berkata, kehadiran Taufan 'Dujuan' yang aktif ketika ini, menyebabkan negara ini menerima tiupan angin Barat Daya yang konsisten dari Sumatera dan Kalimantan, yang membawa asap jerebu secara berterusan untuk tempoh beberapa hari lagi.

"Keadaan itu diburukkan lagi dengan bilangan titik panas yang banyak dikesan di Sumatera, manakala bilangan titik panas di Kalimantan tidak dapat dikesan sepenuhnya berikutan litupan awan.

"Pemantauan menunjukkan, pergerakan asap jerebu tebal dan sederhana dari kawasan-kawasan kebakaran di Kalimantan telah menghala ke barat Sarawak.

"Asap jerebu tebal serta sederhana dari kawasan-kawasan kebakaran di tengah serta selatan Sumatera, didapati telah menyelubungi sebahagian besar Pantai Barat Semenanjung," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata, situasi berjerebu itu dijangka berkurangan apabila arah tiupan angin Barat Daya ketika ini yang dijangka menjadi Timur bermula Selasa akan menyebabkan asap jerebu dibawa ke tempat lain, sekiranya kebakaran masih berlaku."Berikutan perubahan arah angin itu, dijangkakan cuaca akan menjadi lebih lembab dengan hujan serta ribut petir akan berlaku di kebanyakan tempat di seluruh negara," ujarnya lagi.

Menurutnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) berterusan memantau rapi bacaan IPU di seluruh negara melalui 52 stesen pengawasan kualiti udaranya.Katanya, mekanisme tindak balas semasa berlakunya jerebu adalah mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, di mana tindakan-tindakan telah diambil oleh agensi yang terlibat.
 Wan Junaidi berkata, tindakan penguatkuasaan membabitkan pembakaran terbuka turut dipertingkatkan dan sehingga 27 September lalu, 3,427 kes dikesan di seluruh negara dengan 216 kes dikenakan tindakan kompaun.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan bekerjasama membantu memadamkan kebakaran-kebakaran kecil, serta melaporkan kes-kes pembakaran terbuka atau kebakaran kepada pihak berkuasa. -BH-

Wednesday, 16 September 2015

Sarawak Maju Dalam Malaysia - Adenan

SEMATAN: Sarawak mempunyai potensi yang besar untuk maju dalam Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.
Justeru, katanya, beliau yakin dapat membina kemajuan Sarawak dengan lebih baik jika terus diberikan mandat lima tahun lagi sebagai Ketua Menteri.Kita mempunyai kekayaan tetapi ini harus dibahagi sama rata, bukan untuk orang bandar sahaja,” katanya ketika berucap pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di sini, malam tadi.
Antaranya penurunan tarif elektrik, pemansuhan caj tol dan feri serta memerangi pembalakan haram, katanya.Menurut Adenan, sepanjang tempoh lebih setahun beliau menjadi Ketua Menteri, banyak kejayaan yang memberi manfaat kepada rakyat Sarawak telah dicapai.Sehubungan itu, beliau turut berjanji untuk menambah pendapatan Sarawak menerusi hasil minyak dan gas.
Bagaimanapun, katanya, tuntutan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan masih dalam proses rundingan, namun Petronas telah bersetuju untuk memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Sarawak.“Selagi saya sebagai Ketua Menteri, saya akan terus memperjuangkan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan.
“Saya tidak mahu Sarawak sebagai anak angkat lagi,” tegasnya.Pada masa sama, Adenan berkata beliau akan meneruskan dengan dasarnya untuk membangunkan luar bandar.“Luar bandar banyak sangat ketinggalan dan saya mahu pembangunan tertumpu kepada luar bandar,” katanya.
Sementara itu, Adenan berkata beliau amat bangga melihat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak daripada pelbagai kaum dan agama.Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan anak Sarawak.Kita di Sarawak telah menunjukkan bahawa kita dapat hidup mesra antara satu sama lain,” katanya. -UB-

Himpunan Rakyat Bersatu

Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan hari ini dilihat cukup berjaya apabila lebih kurang 300,000 orang rakyat Malaysia hadir menjayakannya dan memeriahkan ibukota terutamanya di dataran Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya menjadi penganjur kerana rasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4.0 yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk menggulingkan kerajaan secara kotor.
Perhimpunan aman yang bermula seawal jam 10 pagi itu merakamkan bagaimana rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan kerajaan berarak beramai-ramai ke dataran di Padang Merbok demi menzahirkan kecintaan mereka kepada keharmonian dan kestabilan negara.
Apa yang membanggakan dengan perhimpunan ini berbanding Bersih 4.0, adalah para peserta yang begitu menjaga adab dan tatasusila sepanjang himpunan aman. Tiada peserta yang bertindak biadap dan memijak gambar para pemimpin pembangkang walaupun diperlakukan sedemikian pada perhimpunan haram Bersih 4.0.Ibukota boleh dikatakan dibanjiri dengan warna merah hari ini apabila para peserta beramai-ramai berarak sambil menyanyikan lagu patriotik sambil memegang ’banner’ membantah segala bentuk campur tangan media asing dalam hal ehwal negara. Banyak juga ‘banner’ yang membantah sikap parti pembangkang yang gemar memfitnah kerajaan tanpa bukti.Peserta juga tidak membawa kanak-kanak di bawah umur ke perhimpunan aman ini dan tidak melakukan kekecohan seperti yang sinonim dengan perhimpunan haram Bersih.
Masjid-masjid tidak dibiarkan kosong seperti yang berlaku pada perhimpunan haram Bersih 4.0, para peserta berbaju merah dilihat mengimarahkan masjid dengan mengadakan solat Zohor dan Asar secara berjemaah.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapan beliau hari ini berkata, “Jangan biarkan kerajaan dan hak kita sebagai orang Melayu dipersoal dan dipermain-mainkan.”
“Ini bukan festival biasa, biar suara beratus ribu rakyat Malaysia didengar oleh dunia, biar mereka tahu yang negara ini ada tuannya (pemimpin dan kerajaannya).” Tegas beliau.Kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu yang mendapat sambutan daripada 300,000 orang rakyat Malaysia pada hari ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan kotor Bersih 4.0 yang ingin menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan amatlah keji dan kerajaan perlu bertindak tegas terhadap sebarang provokasi murahan Bersih. Pakatan pembangkang perlu sedar hanya melalui pilihanraya yang adil sahaja kerajaan boleh diubah, biar suara majoriti rakyat yang memilih, bukan demonstrasi jalanan yang nyata didalangi sesetengah pihak.-klxpress

Friday, 11 September 2015

Jerebu Sarawak

KUCHING: Empat kawasan di selatan dan tengah Sarawak yang terletak dalam arah tiupan angin dari Kalimantan mengalami jerebu agak membimbangkan apabila mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga petang semalam.
Kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat di Sarawak setakat jam 5 petang semalam menurut laman web Jabatan Alam Sekitar ialah Kuching (146), Samarahan (167), Sri Aman (154) dan Sarikei (104).Kontroller Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Peter Sawal berkata, titik panas dikesan di beberapa kawasan tengah Kalimantan, manakala di negeri ini pembakaran terbuka tidak dibenarkan agar keadaan tidak bertambah buruk.

“Kita berharap arah tiupan angin akan berubah pada pertengahan September seperti yang diramal oleh Jabatan Meteorologi,” katanya ketika dihubungi semalam.
“Jerebu ini adalah rentas sempadan, lebih 300 titik panas dikesan di Indonesia (Kalimantan) pada minggu lepas.Beliau berharap jerebu tidak akan bertambah buruk seperti yang dialami pada 1997 sehingga darurat diisytiharkan apabila IPU di Kuching mencecah 650 dan Miri 700.Dalam perkembangan berkaitan, beberapa penerbangan dalam negeri terjejas akibat jarak penglihatan yang terhad sehingga menyukarkan pesawat untuk mendarat dan berlepas.
Turut terjejas, penerbangan Penerbangan Malaysia Berhad (MAB) membabitkan sekumpulan penumpang dalam perjalanan ke Kuching dari Miri.Pesawat yang berlepas pada kira-kira jam 8.40 pagi semalam terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Sibu ekoran jerebu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.Manakala, satu lagi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching dijadual berlepas pada 12.30 tengah hari turut terjejas.
Seorang penumpang yang dikenali sebagai A Teo berkata, penumpang diarah mengosongkan pesawat apabila pesawat MAB tidak dapat memulakan perjalanan ke Kuching.Tinjauan di bandar raya Kuching mendapati orang ramai masih menjalankan rutin harian seperti biasa.
Bagaimanapun, sudah kedengaran rungutan apabila jerebu saban tahun melanda, seakan-akan tidak ada penyelesaian.“Sebab agak sudah biasa dengan jerebu setiap tahun menyebabkan kita tidak ambil peduli sangat hendak pakai topeng penutup mulut dan hidung,” kata seorang yang hanya ingin dikenali sebagai Ahmad.
Di Sibu, Kontroller Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), William Jinep yang dihubungi menasihati semua juragan  pengangkutan sungai khususnya bot penumpang agar lebih berhati-hati ketika menyusuri sungai berikutan  jarak penglihatan yang terhad akibat jerebu.Beliau berkata, langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada  berlaku.
“Juragan bot ekspres dan bot laju dinasihati agar memasang semua lampu serta mengurangkan kelajuan  ketika menyusuri sungai.“Ketika menghampiri selekoh, juragan hendaklah membunyi hon selain memberi perhatian kepada  pengguna-pengguna sungai yang lain,” ujarnya.
Menurut William, operasi pengangkutan sungai masih berjalan seperti biasa dengan tiada pembatalan  perjalanan bot penumpang dilakukan setakat ini.Beliau juga memberitahu, pegawai LSS di seluruh negeri diarah memantau keadaan dengan teliti dari  semasa ke semasa.
Sehingga jam 3 petang semalam, Sibu mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 92 berbanding  91 pada jam 2 petang.Tinjauan di Dermaga Kapit di Jalan Khoo Peng Loong semalam mendapati jarak penglihatan di Batang  Rajang agak terhad akibat keadaan berjerebu. -UB-

Monday, 7 September 2015

“Jangan Sampai Ayah ke AS Cari Alvin”- Abdul Rani


SHAH ALAM- Abdul Rani Kulup, 60, mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk menyegerakan ekstradisi blogger kontroversi, Alvin Tan ke Malaysia.
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu berkata, hanya dengan cara itu sahaja yang membolehkan polis untuk menangkap blogger terbabit, seterusnya dapat dibicarakan mengikut undang-undang negara.Memetik kenyataan yang dikeluarkan kepada Sinar Online, beliau yakin bahawa pihak berwajib boleh menangkap Alvin kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hubungan baik dengan Interpol Amerika Syarikat.
Beliau menambah, pihak MJMM akan membuat satu laporan polis terhadap Alvin pada 8 September 2015, jam 11.30 pagi berkenaan isu menghina kalimah Allah. Laporan tersebut akan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.Abdul Rani turut berseloroh untuk pergi ke AS semata-mata untuk mencari Alvin.
Baru-baru ini, Exco Pemuda Umno bersama NGO Pemikir Muda Malaysia terlebih dahulu telah menyerahkan memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertujuan meminta kerajaan segera mengekstradisi Alvin Tan ke Malaysia. Sebelum ini, laporan polis terhadap blogger kontroversi ini telah banyak dibuat, namun hingga kini Alvin Tan masih bebas di Amerika Syarikat. -klxpress

Tunjuk patriotisme sertai Hari Kemerdekaan, bukan Bersih 4, kata akhbar


Ruangan pojok Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini mengatakan dengan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan, semangat cintakan negara akan lebih jelas dizahirkan berbanding menyertai demonstrasi Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.
Ruangan pojok Awang Selamat dalam Utusan Malaysia hari ini mengatakan dengan menyertai sambutan Hari Kemerdekaan, semangat cintakan negara akan lebih jelas dizahirkan berbanding menyertai demonstrasi Bersih 4. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.
Utusan Malaysia hari ini menyeru orang ramai menyertai sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini bagi menunjukkan semangat patriotisme mereka, dan bukannya dengan berdemonstrasi jalanan dalam Bersih 4.0 yang bakal berlangsung hujung minggu depan.Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu berkata, cara itu lebih jelas dan mudah jika mahu menzahirkan semangat cintakan negara."Helah pihak penganjur berselindung di sebalik semangat patriotisme amat menjengkelkan.
"Bukankah sudah ada perencanaan sambutan Hari Kemerdekaan di seluruh negara yang sewajarnya dijayakan setiap orang yang mengaku warganegara Malaysia," tulis Awang.
Ia bagaimanapun mengakui, undang-undang sememangnya membenarkan sebuah perhimpunan diadakan tetapi ia tetap salah jika untuk tujuan yang jelas meruntuhkan sistem demokrasi."Siri perhimpunan haram Bersih sebelum ini membuktikan pelbagai perkara buruk ditinggalkan."Kepentingan rakyat terbanyak menjadi korban," katanya.
Malah, Awang juga mempersoalkan lokasi perhimpunan tersebut diadakan sedangkan penganjur mengetahui Dataran Merdeka setiap tahun digunakan sebagai tempat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara."Pada ketika itu, pelbagai persiapan infrastruktur dan aset, termasuk ketenteraan, disusun atur di situ untuk sambutan Hari Kemerdekaan.
"Justeru, amat wajar polis dan pihak berkuasa tempatan, yakni Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkannya," katanya.Perhimpunan Bersih 4.0 dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini, ketika rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi dan negara berdepan dengan kemelut politik.
Perhimpunan tersebut dijangka mengumpulkan sebilangan besar peserta, malah penganjur sehingga kini mengutip hampir RM1.2 juta daripada penderma.Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah menyifatkan kutipan tersebut menggambarkan sokongan orang ramai kepada tuntutan-tuntutan mereka. – 22 Ogos, 2015
sumber dari - http://www.themalaysianinsider.com/