Wednesday, 16 September 2015

Himpunan Rakyat Bersatu

Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan hari ini dilihat cukup berjaya apabila lebih kurang 300,000 orang rakyat Malaysia hadir menjayakannya dan memeriahkan ibukota terutamanya di dataran Padang Merbok, Kuala Lumpur.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, pihaknya menjadi penganjur kerana rasa tercabar dengan tindakan peserta Himpunan Bersih 4.0 yang menggunakan demonstrasi jalanan sebagai kaedah untuk menggulingkan kerajaan secara kotor.
Perhimpunan aman yang bermula seawal jam 10 pagi itu merakamkan bagaimana rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan kerajaan berarak beramai-ramai ke dataran di Padang Merbok demi menzahirkan kecintaan mereka kepada keharmonian dan kestabilan negara.
Apa yang membanggakan dengan perhimpunan ini berbanding Bersih 4.0, adalah para peserta yang begitu menjaga adab dan tatasusila sepanjang himpunan aman. Tiada peserta yang bertindak biadap dan memijak gambar para pemimpin pembangkang walaupun diperlakukan sedemikian pada perhimpunan haram Bersih 4.0.Ibukota boleh dikatakan dibanjiri dengan warna merah hari ini apabila para peserta beramai-ramai berarak sambil menyanyikan lagu patriotik sambil memegang ’banner’ membantah segala bentuk campur tangan media asing dalam hal ehwal negara. Banyak juga ‘banner’ yang membantah sikap parti pembangkang yang gemar memfitnah kerajaan tanpa bukti.Peserta juga tidak membawa kanak-kanak di bawah umur ke perhimpunan aman ini dan tidak melakukan kekecohan seperti yang sinonim dengan perhimpunan haram Bersih.
Masjid-masjid tidak dibiarkan kosong seperti yang berlaku pada perhimpunan haram Bersih 4.0, para peserta berbaju merah dilihat mengimarahkan masjid dengan mengadakan solat Zohor dan Asar secara berjemaah.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam ucapan beliau hari ini berkata, “Jangan biarkan kerajaan dan hak kita sebagai orang Melayu dipersoal dan dipermain-mainkan.”
“Ini bukan festival biasa, biar suara beratus ribu rakyat Malaysia didengar oleh dunia, biar mereka tahu yang negara ini ada tuannya (pemimpin dan kerajaannya).” Tegas beliau.Kejayaan Himpunan Rakyat Bersatu yang mendapat sambutan daripada 300,000 orang rakyat Malaysia pada hari ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sentiasa menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pemimpinnya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan kotor Bersih 4.0 yang ingin menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan amatlah keji dan kerajaan perlu bertindak tegas terhadap sebarang provokasi murahan Bersih. Pakatan pembangkang perlu sedar hanya melalui pilihanraya yang adil sahaja kerajaan boleh diubah, biar suara majoriti rakyat yang memilih, bukan demonstrasi jalanan yang nyata didalangi sesetengah pihak.-klxpress

No comments:

Post a Comment