Harussani Zakaria
KUALA
LUMPUR 25 Jan. – Kerajaan diminta tidak terlalu mengikut kaedah atau sistem
perundangan Barat dalam usaha melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di
negara ini.
Mufti
Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, meskipun sistem perundangan di
negara luar itu terbukti berkesan dalam mendidik generasi muda, tidak
semestinya sesuai untuk diguna pakai di negara ini.Katanya,
pihak berkuasa perlu menggunakan kaedah tersendiri dalam mendidik generasi muda
di negara ini kerana situasi dan budaya Malaysia dengan negara luar adalah
berbeza.
“Saya tidak bersetuju sekiranya tindakan
merotan anak menjadi satu kesalahan jenayah kerana hadis Nabi Muhammad SAW ada
menyebut bahawa perintahkanlah anakmu mendirikan solat ketika usianya tujuh
tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun.
“Sebagai
orang Islam, kita sepatutnya akur dengan pesanan Nabi Muhammad ini kerana pasti
ada hikmah, jangan sesekali kita menafikan dan mengagung-agungkan cara Barat
melebihi cara Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Semalam,
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul
Karim memberitahu, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang
undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka
dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.
Sementara
itu Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, dalam Islam, sebatan
merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih isteri dan
anak-anak supaya melakukan sesuatu kewajipan.Katanya,
suami dibenarkan untuk memukul isteri bagi tujuan mendidik sahaja tanpa
mencedera dan tidak menjatuhkan maruah isteri tetapi kaedah itu disifatkan
sebagai senjata terakhir selepas semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan
teguran serta mengasingkan tempat tidur.
Tambah
beliau, kaedah yang sama turut diguna pakai sekiranya ibu bapa merotan
anak-anak iaitu tidak boleh memukul mereka di tempat yang sama hingga
memudaratkan. -utusan Online